Monday, October 29, 2012

PurLife terbukti semakin dikenali - Harian Metro 29 Okt. 2012

Iklan PurLife di Harian Metro 29 Oktober 2012

Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, berkat kesabaran serta hasil usaha yang gigih dan berterusan akhirnya PurLife kini semakin dikenali masyarakat. Hari ini sekali lagi PurLife diiklankan di Harian Metro. Oklah, untuk mereka yang tidak berkesempatan membeli atau melihat iklan PurLife di akhbar ini, di sini saya kongsikan testimoni-testimoni yang terdapat dalam iklan ini.

TESTIMONI 1: EMMA AKMA, ARTIS/PENGGUNA

"Saya spray di bawah lidah 2x sehari, pada waktu pagi sebelum sarapan dan malam sebelum tidur. Rutin ini adalah WAJIB buat saya. Manakala untuk luaran, saya spray pada wajah selepas mencuci muka sebelum tidur. Saya urut disekitar mata sehingga PurLife meresap ke dalam kulit. Hasilnya dengan penggunaan berterusan, kulit wajah saya bertambah cerah,anjal dan berseri."EYEBAG" pun tiada lagi! Kedutan juga semakin berkurangan. Lebih mengejutkan apabila PurLife berupaya menambahkan saiz PAYUDARA saya! Tak percaya? Cubalah produk hebat ini, dengan disiplin pemakaian yang betul, anda pasti terkejut dengan hasilnya."

TESTIMONI 2: PN.NORLI,45 TAHUN.AMPANG.
MASALAH: RABUN DEKAT & RESDUNG

"Saya merupakan seorang surirumah sepenuh masa telah menghadapi masalah rabun dekat yang disebabkan oleh resdung sejak 2 setengah tahun yang lalu. Saya selalu memerlukan cermin mata untuk membaca. Malah, mata saya selalu terasa pedih dan gatal terutama bila mengambil makanan laut dan pencetus resdung yang lain.
Alhamdulillah setelah dipertemukan dengan PurLife, saya tidak sangka setelah 2 minggu mengambil PurLife saya tidak memerlukan cermin mata. Paling mengejutkan masalah resdung mata saya juga telah sembuh! PurLife memang sangat berkesan. Daripada 2 setengah tahun mengalami rabun dan resdung, kini sepantas 2 minggu sahaja mampu membuat saya tersenyum.  
Bukan itu sahaja, malah hubungan dengan suami semakin erat bila kami berdua menggunakan PurLife. Kehangatan rumahtangga kami terasa lebih mesra serta telah mengembalikan kenangan indah kami sejak mendirikan rumahtangga 25 tahun yang lalu."

TESTIMONI 3: NUR HAMIZA,24 TAHUN.KUANTAN.
MASALAH: SAKIT KERONGKONG & JERAWAT.

"Saya pernah mengalami bengkak di kerongkong selama seminggu sehingga saya sukar untuk menelan air liur. Ketika itu rakan saya memberikan PurLife dan menyuruh saya menyemburkan 2x di bawah lidah. Esoknya, selepas bangun dari tidur, serta merta saya dapati tiada lagi kesukaran untuk menelan air liur. Saya sangat teruja dengan keberkesanan produk ini dan terus mendapatkan sebotol. Selepas 2 minggu menggunakan produk ini, perubahan ketara saya rasakan pada kulit wajah saya.Kulit saya menjadi licin dan tegang, jerawat semakin berkurang, parut jerawat juga semakin pudar. Selain itu saya rasa lebih bertenaga dan segar setiap hari.Pulang dari seharian bekerja masih lagi bertenaga,Terima kasih PurLife."

TESTIMONI 4: PN,ANA,46 TAHUN.CHERAS
KESAN PENGGUNAAN: TUBUH MANTAP,KULIT TEGANG & BERAT BADAN PUN TURUN

"Setelah menggunakan PurLife selama 3 hari, kesan ketara ialah pada kulit saya yang menjadi tegang dan anjal. Kedut sekitar mata juga berkurang. Saya memiliki 5 ORANG ANAK. Paling menggembirakan apabila payudara saya semakin tegang dan montok. Perhubungan suami isteri menjadi bertambah 'mesra' dan suami saya sangat berpuashati dengan perubahan ini. PurLife ni memang luarbiasa lah sebab ia juga melawaskan pembuangan air besar sekaligus mampu menurunkan berat badan saya memandangkan saya tidak berasa lapae seperti selalu. Ternyata saya amat berpuas hati dan pastinya produk hebat diberi nama PurLife ini akan membantu menangani masalah kaum hawa mahupun adam. Anda pasti cuba!!

Selain daripada 4 testimoni ini, iklan kali ini juga berkongsi tentang kelebihan-kelebihan produk PurLife ini. Antaranya:
  • Membantu memperbaiki struktur lapisan kulit dermis.
  • Membantu menegang dan menganjalkan kulit
  • Membantu mengurangkan garis-garis halus dan kedutan.
  • Anti radikal bebas
  • Membantu mengurangkan jeragat,pigmentasi dan bintik-bintik hitam/putih
  • Membantu daya penglihatan
  • Membantu menguatkan tulang dan sendi
  • Membantu pertumbuhan rambut hitam;menggantikan rambut putih
  • Membantu mengurangkan berat badan. dsbnya.
Selain itu juga PurLife dapat membantu menyembuhkan pelbagai penyakit. Details mengenai fungsi PurLife ada di bahagian produk & info kesihatan.

Saya berkongsi sesuatu yang baik dengan niat untuk membantu mereka yang dalam kesakitan atau mementingkan penjagaan kesihatan. PurLife adalah yang paling mudah, berbaloi dan kesan yang LUARBIASA!! Disahkan selamat oleh KKM serta mampu membantu untuk menjana pendapatan 4-5 angka sebulan!

BERMINAT UNTUK MENCUBA / MENJADI PENGEDAR PURLIFE???

Hubungi saya segera di 0176292569 atau PM FB Nurliyana Wan atau dapatkan PurLife secara pembelian ONLINE.Mudah!!

'KEGAGALAN paling nyata adalah kegagalan untuk MENCUBA.!' 






Monday, October 22, 2012

5 Jenis Sakit Kulit yang selalu kita buat tak kisah.


Betul tak kalau saya kata bahawa majoriti masyarakat kita paling tak kisah dengan sakit kulit? Bagi kita itu benda biasa dan perlu tak dihiraukan. Namun juga ada dikalangan kita yang sanggup berhabis ribuan ringgit untuk memastikan kulit mereka sentiasa nampak cantik, sihat & kekal muda.

Kulit - organ homeostasis (organ pengekalan) yang penting. Juga, organ manusia yang paling besar; memiliki berat sekitar 6 paun. Bertindak sebagai rintangan antara persekitaran luar dan dalam badan (pemisah). Melindungi otot dan organ manusia.




Fungsi Kulit:

  1. PERLINDUNGAN 
  2. Mencegah dehidrasi
  3. Rangsangan luar
  4. Menyimpan lemak
  5. Sintesis vitamin D
  6. Menghasilkan bau dan penyamaran
  7. Kawal atur suhu
Namun disebabkan oleh faktor genetik,keturunan,perubahan fizikal alam dan aktiviti manusia, kita sememangnya terdedah dengan pelbagai penyakit kulit. Di sini saya senaraikan 5 jenis penyakit kulit yang sinonim dengan kita tetapi kurang diberi perhatian samaada merawat atau pencegahan.

1) PANAU 

Kuman panau
Panau muka








  • Disebabkan oleh kulat Candida Albicans yang menyebabkan timbulnya tompok pada kulit dan akan berasa gatal ketika berpeluh.
  • Tompok panau ini ada yang berwarna putih, merah atau coklat.
  • Biasanya terjadi dibahagian badan yang berpeluh, lembap dan berlipat.
  • Untuk kes panau yang serius, ia menyumbang kepada tahap keyakinan yang rendah kepada pesakit.
2) EKZEMA





  • Disebabkan oleh sentuhan atau alergi.
  • Kebanyakkannya dihidapai oleh mereka yang mewarisi kulit yang sensitif terhadap suhu sekeliling.
  • Tekanan emosi, mandi berlebihan & penggunaan sabun yang kuat juga menjadi faktor kepada ekzema.
  • Kes yang serius, ekzema menjadikan kulit kelihatan kemerah-merahan dan membengkak.
  • Akibat terlalu gatal dan pesakit menggaru kulit, kulit akhirnya akan merekah,
  • Membuatkan pesakit sentiasa tidak selesa malah kulit kelihatan tidak cantik seperti biasa.

3) KURAP

kronik betul kurap ni








  • Merupakan jangkitan kulat pada kulit manusia
  • Selalu menyerang di bahagian badan, kulit kepala, kaki dan kuku,
  • Kulit terasa gatal, merah dan bersisik.
  • Boleh berjangkit melalui sentuhan langsung dari pesakit kepada orang lain
4) CACAR AIR & CAMPAK

Baby kena demam campak

Cacar air - terukla parut dia ni
  • Disebabkan oleh beberapa jenis virus dengan simptom yang tidak selesa.
  • Kedua-dua penyakit ini terjadi dengan demam, ruam pada kulit dan beberapa gejala lain.
  • Biasanya mengambil masa untuk sembuh dan biasanya akan meninggalkan parut kekal.


5) KUDIS BUTA

Kudis buta 
Hama Kudis Buta



  • Sejenis penyakit kulit berjangkit yang disebabkan oleh tungau dimana ia menembusi permukaan bawah kulit dan bertelur disitu. Ini kerana tungau gemar kepada bahagian kulit yang lembut seperti peha,ketiak,punggung,buah dada.
  • Menyebabkan kulit terasa sangat gatal dan boleh terluka akibat digaru.
  • Boleh berjangkit melalui sentuhan tubuh dengan pesakit, dari tempat tidur dan pakaian yang ada tungau.
Hmm..saya harap lepas ni kita mulalah ambil kisah tentang sakit kulit ini. Kita tidak sedar bahawa sakit kulit ini boleh membawa kesan psikologi kepada pesakit terutamanya perasaan rendah diri,anti-sosial,berasa terpinggir dan sebagainya. Ini sedikit sebanyak akan mengganggu gugat aktiviti harian pesakit dan pada tahap ekstrem boleh menyebabkan kecederaan kepada diri sendiri atau murung.

Masih ada masa untuk mengubatinya dan yang penting adalah ikhtiar. 
PurLife yang mengandungi khasiat semulajadi seperti Vitamin C, L-Lysine, GFC, Kolagen Peptide & Stem sel epal dapat membantu mengurangkan masalah kulit anda malah membantu menjadikan kulit anda lebih sihat, menghilangkan kesan parut dan membina semula kulit supaya lebih cantik dan anjal. 

Tersangat mudah dan paling berkesan untuk orang yang tak berapa rajin macam saya. Spray sahaja dibawah lidah atau ditempat kulit bermasalah Insyallah masalah kulit anda akan berkurang. Tak salah mencuba supaya hidup anda akan kembali ceria. Jangan stress ok! :)

Dapatkan PurLife hari ini:

Call/sms 0176293569
FB: Nurliyana Wan

Friday, October 19, 2012

WARGA KL, JOM JUMPA KAMI ESOK!

Assalammualaikum & Salam Sejahtera.


Saya jemput semua warga KL untuk hadir ke booth PURLIFE esok di Kempen Penanaman Pokok Sempena Kelahiran Bayi pada 2011 di WP KL.

Kami akan berada di sana dari jam 8.00pg.

Anda boleh cuba rasa sendiri PurLife dan dapat khidmat nasihat Percuma di sana!

DISKAUN!! - Dapatkan EVoucher untuk diskaun pembelian PurLife bernilai RM30 dgn menghantar sms ke 0176293569 sekarang. Hadir ke booth PurLife untuk menikmati diskaun ini. Jumpa anda di sana! 

Tuesday, October 16, 2012

Adakah anda rabun jauh atau dekat?



Adakah anda perlu melakukan seperti dikiri dan kanan ini setiap hari? Perlu mencari cermin mata setiap kali ingin membaca atau melakukan aktiviti harian? Atau perlu memakai kanta mata sentuh? Sehingga bila anda mahu begini sedangkan rabun anda boleh diubat? 



Definisi:
Rabun dekat (hiperopia) - kesukaran melihat objek dekat.
pandangan rabun dekat













Rabun jauh (Miopia) - apabila mata tidak dapat menumpu dengan baik yang menyebabkan objek jauh kelihatan kabur.

pandangan rabun jauh











Punca utama rabun ini adalah dari keturunan atau sejak kecil. Rabun jauh merupakan satu masalah normal apabila umur kita semakin meningkat. Namun, tahukah anda bahawa penyakit rabun terutama rabun jauh kalau tidak dirawat boleh mengakibatkan anda buta? 

Apa yang mengerikan ialah pada zaman sekarang penyakit rabun menjadi semakin terlalu biasa sehingga kanak-kanak pun boleh menghidapi rabun yang kronik. Punca sampingan berlakunya rabun seperti ini adalah kurangnya vitamin yang membantu kesihatan mata, terlalu lama melihat skrin tv atau komputer dan sebagainya. Tanpa kita sedari sebenarnya apa yang kita makan dan aktiviti harian kita telah mendorong mempercepatkan masalah rabun.

Namun, tahukah anda bahawa PurLife mengandungi zat-zat terbaik bagi membantu mengurangkan masalah rabun?Ya,ini adalah benar!! Ini kerana setiap kandungan di dalam PurLife mempunyai fungsi untuk memulihkan sel2 yang rosak,membantu pembinaan semula DNA dan membekalkan khasiat2 yang diperlukan oleh badan. 

Anda baca sendiri testimoni Pn.Norli dimana beliau yang mempunyai masalah rabun telah tidak memakai cermin mata untuk membaca setelah 2minggu menggunakan PurLife.Luar biasa bukan? Paling terbaru, seorang pensyarah di IPTS Gombak iaitu Pn.Zurin sangat gembira kerana beliau yang selama ini telah memakai kanta mata sentuh, tidak perlu lagi menggunakannya kerana rabunnya sekarang telah berkurang setelah hampir 3minggu mencuba PurLife.

Jadi terpulang kepada anda untuk bertindak sekarang dan bebas dari masalah rabun atau anda teruskanlah penggunaan cermin mata/kanta sentuh yang saya pasti 'power'nya akan semakin meningkat dari semasa ke semasa. Tak salah jika kita ikhtiar untuk pulih dari tidak mencuba untuk mengubati.

Saya hanya berkongsi sesuatu yang terbaik dan terbukti berkesan.Hanya dengan PurLife!

Call/sms 0176293569 atau beli secara online disini atau PM di FB Nurliyana Wan.

Thursday, October 11, 2012

Renungan: Saat-saat kewafatan Rasulullah SAW


Rasulullah S.A.W adalah manusia agung yang paling ideal dan sebaik-sebaik contoh sepanjang zaman. Semulia-mulia di dunia. Untuk mengingatkan kita.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. “Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk. “Maafkanlah, ayahku sedang demam.” Kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, “Siapakah itu wahai anakku?” “Tak tahulah wahai ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya.” Tutur Fatimah lembut. Lalu Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. “Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut,” kata Rasulullah. Fatimah pun menahan ledakan tangisnya.

Malaikut maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibrail tidak ikut bersama menyertainya. Kemudian dipanggillah Jibrail yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. “Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah. “Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu.” Kata Jibaril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

“Engkau tidak senang mendengar khabar ini?” Tanya Jibrail lagi. “Khabarkan kepadakau bagaimana nasib umatku kelak?” “Jangan khuatir, wahai Rasulullah. Aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku, “Ku haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibrail.
Detik-detik semakin dekat , saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh,urat-urat lehrnya menegang. “Jibril, betapa SAKIT SAKARATUL MAUT ini.” Perlahan Rasulullah mengadu. Fatimah terpejam. Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. “Jijikkah kau melihatku hingga kau palingkan wajahmu Jibrail?” Tanya Rasulullah pada malaikat pengantar wahyu itu. “Siapakah yang sanggup melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibrail.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh kerana sakit yang tidak tertahan lagi. “Ya Allah, dahsyat nian maut ini. Timpakan saja semua  seksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.” Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan badannya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu. Ali segera mendekatkan telinganya. “Uushiikum bis-shalaati, wa maa malakat aimaanukum (peliharalah solat dan peliharalah orang yang lemah antara kamu).” Di luar, pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya. Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. “Ummatii, ummatii, ummatiii (umatku, umatku, umatku)!.”

 Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang member sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Selawat ke atas Rasulullah SAW yang tercinta dan paling dirindui. Betapa CINTAnya Rasulullah kepada kita.





Wednesday, October 10, 2012

Jangan sampai muka kita rompong macam ni dek penangan RESDUNG!!

Ulat resdung dah makan otak manusia.Eeeee
Assalammualaikum & salam sejahtera.

Aku harap korang tak tengok gambar2 ni time makan ye.takut terkeluar balik.tapi inilah hakikatnya penangan ulat yg mula2 kecik tapi at the end boleh makan balik daging manusia. Bagi aku, resdung ni satu nama yang sinonim dgn masyarakat kita tapi tahap kesedaran untuk mengubatinya belum tahap yang baik.

Ulat resdung kat mata
Resdung dah konker mulut
Bersin teruk sampai berair mata
Siapa yang biasa bangun pagi atau waktu sejuk dia bersin kuat? Dah berapa lama? Semua tu ada jawapan. Itu adalah salah satu simptom resdung. Sama jugak kalau mata berair, muka gatal2, telinga gatal itu maknanya ulat resdung tengah menggeletek-menggeletek kat area situ. Best? Tengok sendirilah gambar2 ni dan korang nilailah sendiri betapa hebatnya kesan resdung terhadap kesihatan kita.

Ulat resdung cukup makan
  
Kesan-kesan resdung yang tak dirawat
Sanggupkah korang biarkan masalah resdung itu berlarutan sampai tahap kronik? Pada masa itu kosnya amat mahal sehingga kena membuat pembedahan. Korang sanggup ke tiba2 bangun pagi tengok hidung dah rompong dan nampak secara 'live' ulat2 resdung tu menari2 dekat muka korang.Tak sanggup? Kalau tak sanggup, jangan lengah lagi,pergi dapatkan rawatan atau dapatkan segera Pur Life.

Kenapa Pur Life? Kalau korang baca info tentang bahan dalam Pur Life ni, Pur Life dapat membantu dalam proses pengurangan dan penyembuhan resdung kerana dia membina balik daya ketahanan badan kita dari dalam. Ada testimoni rabun disebabkan resdung telah baik dan juga bersin setiap pagi telah hidup seperti biasa. Ini aku cerita kalau resdung korang masih tahap ok.kalau kronik tu,biar je la rompong cuz nape awal2 tak dirawat.Pergi terus hospital utk operate ok.

Jadi korang ada pilihan, korang pilihlah sendiri. Aku just berkongsi benda yang baik. Lebih baik berbelanja sedikit sekarang dari nak tanggung kos rawatan yang mahal.



Untuk pembelian, boleh secara manual atau online. Call/sms aku 0176293569 atau klik sini untuk pembelian online. 

Monday, October 8, 2012

Resipi Kari Kepala Ikan Shah Jahan kepada Mumtaznya :D

Kari Kepala Ikan - Gambar Hiasan
Assalammualaikum & salam sejahtera.
Kali ni aku nak kongsi resipi yang biasa kita masak kat rumah,bagi yang biasa masaklah.Bagi yang jarang-jarang tu,yang korang biasa makan kat restoran mamak yang boleh mencecah berpuluh2 ringgit tu.heee

Sebelum tu,mesti ada yang terdetik atau tergelak kecil bila tengok nama resipi aku ni kan?Actually aku saja letak nama tu kerana bila masak ni especially yang bergelar isteri dan ibu, masak tu satu ibadah dan bila kita buat dengan ikhlas dan sepenuh kasih sayang,masakan tu pasti sedap.

Jujurlah, sape yang tak rindu masakan ibu dia sendiri?Cuba compare sambal ikan bilis kat kedai dengan mak korang masak.agak2 mana yg korang terkenang?Sure sambal yang mak kite buatkan? Sebab tu lah aku letak title camtu,maknanya lambang kasih sayang kite yang tak terhingga kepada seseorang.Wah jiwang pulak aku malam ni. 

Oklah kang banyak celoteh, boleh jadi chef wan pulak aku. :D

Bahan2:
Kepala ikan (Jenahak/Tenggiri/Merah/etc) anggaran dalam 600gm
Sepeket serbuk kari ikan (aku pakai jenama Adabi - promote free)
1 sudu kecil halba campuran
Sedikit asam jawa dibancuh dengan sedikit air.
Garam secukup rasa
Sayur bendi, terung, tomato
Sedikit daun kari
Bawang besar sebiji / bawang merah 7biji
Bawang putih 3biji
Sedikit pati ikan bilis.
Santan sepeket sederhana (150ml)

Cara2
Bersihkan kepala ikan (jangan guna sabun lak)
Hiris @ tumbuk bawang besar/merah & bawang putih
Panaskan minyak sedikit cukup untuk menumis
Masukkan bawang2 tadi. Bila naik bau wangi, letak halba campuran tadi.
Tuang bancuhan serbuk kari (paste) kedalam kuali.
Letak sedikit garam, daun kari dan pati ikan bilis.
Masukkan asam jawa bila nampak tumisan tadi dah sedikit garing
Biarkan sebentar sehingga mesra.Api jangan besar tau.Biar sederhana.
Masukkan santan dan kacau sehingga sedikit mendidih
Masukkan ikan biarkan sebentar dalam 10 minit.
Masukkan semua sayur bila ikan dah nampak nak masak.
Hidangkan sewaktu panas.

Masak pun kena feel, jadi masaklah dengan hati yang senang.Insyallah pasti sedap. Yang paling penting, walaupun sedap mana masakan tadi, kita harus kawal pemakanan kita ye. Masakan bersantan memang sedap tapi janganlah terlalu kerap. 

Insyallah jika korang dah mula guna Pur Life, selera makan korang akan terkawal.Itulah yang sekarang aku rasa.Boleh makan tapi tak perlu risau kerana memang takkan makan banyak dan rasa kenyang.Badan akan rasa sihat, perut tak sebu dan berat badan makin ok. Selamat mencuba. :) 



Saturday, October 6, 2012

When you don't give up, you cannot fail!

Watch "Try to Watch Without Crying...." on YouTube



Setiap kali tengok video ni, memang aku akan menangis. Memang bagi motivasi dan semangat kat aku, mengigatkan supaya kita jangan cepat mengalah sebaliknya teruskan perjuangan sehingga ke garisan penamat. Yang paling penting adalah sokongan dari orang tersayang sewaktu kita dalam kesusahan untuk kita bangun semula.

Aku nak share kisah yang kebetulan berlaku pagi tadi tentang semangat kental seseorang untuk bertarung nyawa melawan penyakit yang biasanya berakhir dengan maut, KANSER!

Aku terima panggilan dari En.Suhaimi pada hari Khamis lalu bertanyakan tentang risalah Pur Life yang beliau dapat dari suratkhabar tempatan. Beliau bertanya serba sedikit tentang Pur Life,khasiat, cara pemakaian dan harganya. Setelah itu, beliau berkata yang beliau akan menghubungi aku semula jika berminat nak beli. Kemudian, pada keesokan harinya, beliau menelefon aku semula untuk memesan 2botol Pur Life untuk kegunaannya sendiri.Namun kita hanya merancang, aku tidak berkesempatan berjumpa dengannya semalam dan berjanji akan berjumpa pada hari ini.

Seawal pukul 9 pagi tadi, aku menelefonnya semula untuk berjumpa di kawasan berniaga pasar Chow Kit. Alhamdulillah dalam sibuk beliau menguruskan perniagaan daging di pasar, beliau dah siap menunggu aku di parking. Sempatlah aku dan suami perkenalkan diri dan tanya serba sedikit tentang dirinya.Beliau berkata beliau terbaca risalah Pur Life dan rasa ingin mencuba sendiri kerana beliau sebenarnya mengalami penyakit kanser darah. Terkejut aku dan suami sekejap bila En.Suhaimi kata begitu. Kerana dari luaran, beliau nampak begitu sihat dan ceria. Lantas aku bersyukur kerana aku masih diberi kesihatan yang baik. Beliau berkata beliau telah menjalani rawatan kemoterapi, rawatan doktor pakar,mengambil pelbagai jenis ubat dan sebagainya. Beliau juga berusaha dengan cara alternatif dan Alhamdulillah beliau masih lagi diberi peluang.Namun, perbualan kami agak singkat kerana kawasan agak sesak dengan kereta lalu-lalang.

On the way balik ke rumah, aku dan suami berbual tentang En.Suhaimi. Kami berasa sangat bertuah kerana Allah pertemukan dengan seseorang yang mempunyai semangat berjuang yang sangat tinggi untuk hidup.Pasti beliau mempunyai matlamat yang unggul untuk berusaha,ikhtiar dan bertawakal agar beliau sembuh semula. Dari raut wajah beliau sendiri menunjukkan beliau amat kental dan tabah dengan dugaan dari Allah yang Maha Mengetahui lagi Maha Penyayang.

Aku mendoakan semoga beliau akan sembuh dari penyakit maut ini. Dan semoga dengan menggunakan Pur Life, beliau akan berasa lebih sihat dan membantu menyembuhkan sakit beliau.

Korang rasa korang dah cukup susah? Dah tak sanggup terima cabaran dan dugaan hidup? Korang fikir sendiri macamana orang seperti En.Suhaimi ni berusaha untuk tidak berputus asa untuk HIDUP!

Thursday, October 4, 2012

Alamak UBAN!! Macamana nak buat ni?


Siapa ada uban, angkat tangan. Saya!! Takpelah kalau nak jawab dalam hati pun. Boleh katakan bahawa masalah uban ni dah jadi macam makan nasi. Uban tumbuh pun dah tak kira umur. Ada yang boleh terima, ada tu sanggup berhabis ‘ongkos’  mewarnakan rambut untuk tutup warna putih yang tak diundang tu. Betul tak? Takpelah, jawab dalam hati je. :p

Siapa biasa selak rambut tengok uban macam ni?

Mengikut satu kajian yang dijalankan mendapati kepadatan warna rambut ditentukan oleh jumlah melanin yang dihasilkan oleh badan.
*Melanin (Bahasa Greek: Î¼Î­Î»Î±Ï‚, hitam) merupakan pigmen yang sentiasa ada dalam alam, terdapat pada kebanyakan organism.

Pigmen melanin

Biasanya, pada zaman kanak-kanak dan remaja, melanin boleh dihasilkan dengan jumlah yang banyak. Tapi bila umur dah meningkat, kebolehan semula jadi untuk menghasilkan melanin dah berkurang dan akhirnya kepala akan dipenuhi uban.

Punca rambut beruban:
  • Faktor genetik - diwarisi daripada ibu atau bapa.
  • Kekurangan zat besi dan zink
  • Penggunaan ubat-ubatan.
  • Faktor nutrisi tidak seimbang - pengambilan makanan segera secara kerap; boleh menyebabkan pengeluaran pigmen pewarna rambut yang dinamakan melamin terbantut.


Biasanya pengeluaran pigmen yang terhenti hanya bersifat sementara bagi mereka yang kekurangan nutrisi. Jika mendapat nutrisi yang seimbang, pengeluaran pigmen akan kembali normal dan rambut akan kembali menjadi hitam.


Tahukah anda bahawa L-Lysine, Kolagen Peptide & GFC yg terdapat dalam Pur Life dapat membantu mengurangkan masalah uban anda ini?YA! ini kerana setiap bahan tadi mempunyai fungsi untuk memperbaiki serta memberi nutrisi yang secukupnya untuk penghasilan melanin.Mudahkan?Jadi, tak perlulah anda pergi membuat rawatan yang bernilai ribuan ringgit atau beli produk-produk di luar sana yang belum tentu tahap keberkesanannya.

Cubalah Pur Life hari ini dan jadilah salah seorang testimoni kami untuk kita kongsikan bersama.

Call/sms saya 0176293569 untuk pesanan 

atau

Beli Pur Life secara Online 


Bayaran boleh dibuat secara online transfer/bank-in ke akaun berikut:


NURLIYANA BINTI RADUAN

CIMB - 12150062242522

MAYBANK - 164548151185 

#Caj postage RM7 dikenakan untuk penghantran untuk pesanan di luar Kuala Lumpur. Harga produk RM180 sebotol, 1set (2botol) RM300.

Monday, October 1, 2012

Jangan stress, nanti cepat tua - tips hilangkan stress menurut Islam


Adakah anda mengalami salah satu daripada masalah kesihatan di dalam gambarajah ini?


Jika ya, dah confirm anda mengalami stress. Boleh katakan semua orang dah tahu apa itu stress dan bagaimana ia berlaku. 

Punca sebenar stress ini adalah pelbagai antaranya disebabkan oleh tekanan peribadi contohnya terlampau risau tentang masalah berat badan, masalah keluarga, masalah rumahtangga. Bagi yang bekerjaya stress boleh hadir disebabkan oleh tekanan kerja yang banyak, persekitaran tempat kerja yang tidak kondusif serta lain-lain. Juga faktor luaran seperti faktor keselamatan, persekitaran yang negative serta gangguan-gangguan yang tidak diundang.




Kesan stress yang negatif biasanya ialah kemudaratan kepada tahap kesihatan kita. Ini kerana bila kita stress, sistem kitaran dalam badan kita akan terganggu dan menyebabkan timbulnya pelbagai punca penyakit.

Dari segi Islam, jika kita benar-benar berpegang kepada prinsip yang amat mudah ini Insyallah kita dapatkan mengurangkan stress dalam kehidupan kita. Ini kerana dengan desakan serta cabaran hidup hari ini, kita mudah alpa atau terleka untuk mengamalkan prinsip ini, termasuklah saya. 

Prinsip mudah ini ialah:
  • Amalkan prinsip usaha, doa, tawakal dan redha
  •  Sentiasa bersikap positif dan fokus dengan apa yang kita lakukan
  • Yakin dengan qada’ & qadar sama ada hasilnya baik atau buruk kerana itu semua dari Allah SWT

Dari segi amalan harian, tips ini bolehlah diamalkan untuk megurangkan stress/tekanan hidup:

  • Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
  • Perbanyakkan membaca Al-Qur’an
  • Banyakkan Solat Sunat
  • Selalu berdoa kepada Allah
  • Bersangka baik dengan Allah
  • Lakukan aktiviti riadah seperti bersukan
  • Amalkan diet dengan disiplin yang kuat
  • Menangis sepuas hati
  • Hargai kebolehan diri sendiri
  • CINTAI DIRI SENDIRI
  • Sentiasa SENYUM 
Nukilan ini cuma untuk berkongsi serta peringatan kepada diri saya sendiri. Jadi sama-samalah kita mengurangkan stress dan amalkan hidup sihat bersama insan tersayang. :)

Tips dari KKM