Showing posts with label resipi. Show all posts
Showing posts with label resipi. Show all posts

Monday, October 8, 2012

Resipi Kari Kepala Ikan Shah Jahan kepada Mumtaznya :D

Kari Kepala Ikan - Gambar Hiasan
Assalammualaikum & salam sejahtera.
Kali ni aku nak kongsi resipi yang biasa kita masak kat rumah,bagi yang biasa masaklah.Bagi yang jarang-jarang tu,yang korang biasa makan kat restoran mamak yang boleh mencecah berpuluh2 ringgit tu.heee

Sebelum tu,mesti ada yang terdetik atau tergelak kecil bila tengok nama resipi aku ni kan?Actually aku saja letak nama tu kerana bila masak ni especially yang bergelar isteri dan ibu, masak tu satu ibadah dan bila kita buat dengan ikhlas dan sepenuh kasih sayang,masakan tu pasti sedap.

Jujurlah, sape yang tak rindu masakan ibu dia sendiri?Cuba compare sambal ikan bilis kat kedai dengan mak korang masak.agak2 mana yg korang terkenang?Sure sambal yang mak kite buatkan? Sebab tu lah aku letak title camtu,maknanya lambang kasih sayang kite yang tak terhingga kepada seseorang.Wah jiwang pulak aku malam ni. 

Oklah kang banyak celoteh, boleh jadi chef wan pulak aku. :D

Bahan2:
Kepala ikan (Jenahak/Tenggiri/Merah/etc) anggaran dalam 600gm
Sepeket serbuk kari ikan (aku pakai jenama Adabi - promote free)
1 sudu kecil halba campuran
Sedikit asam jawa dibancuh dengan sedikit air.
Garam secukup rasa
Sayur bendi, terung, tomato
Sedikit daun kari
Bawang besar sebiji / bawang merah 7biji
Bawang putih 3biji
Sedikit pati ikan bilis.
Santan sepeket sederhana (150ml)

Cara2
Bersihkan kepala ikan (jangan guna sabun lak)
Hiris @ tumbuk bawang besar/merah & bawang putih
Panaskan minyak sedikit cukup untuk menumis
Masukkan bawang2 tadi. Bila naik bau wangi, letak halba campuran tadi.
Tuang bancuhan serbuk kari (paste) kedalam kuali.
Letak sedikit garam, daun kari dan pati ikan bilis.
Masukkan asam jawa bila nampak tumisan tadi dah sedikit garing
Biarkan sebentar sehingga mesra.Api jangan besar tau.Biar sederhana.
Masukkan santan dan kacau sehingga sedikit mendidih
Masukkan ikan biarkan sebentar dalam 10 minit.
Masukkan semua sayur bila ikan dah nampak nak masak.
Hidangkan sewaktu panas.

Masak pun kena feel, jadi masaklah dengan hati yang senang.Insyallah pasti sedap. Yang paling penting, walaupun sedap mana masakan tadi, kita harus kawal pemakanan kita ye. Masakan bersantan memang sedap tapi janganlah terlalu kerap. 

Insyallah jika korang dah mula guna Pur Life, selera makan korang akan terkawal.Itulah yang sekarang aku rasa.Boleh makan tapi tak perlu risau kerana memang takkan makan banyak dan rasa kenyang.Badan akan rasa sihat, perut tak sebu dan berat badan makin ok. Selamat mencuba. :) 



Monday, October 1, 2012

Resipi Nasi Lemak Cinta Kolesterol

Hmm..dengar nama makanan ni pun dah terliur tak kire la awal pagi ke lewat malam. Boleh katakan Nasi Lemak ni merupakan makanan favorite rakyat Malaysia. Tapi sekarang ni dah boleh naik title sebagai makanan favorite WORLD! :)

Ok lah hari ni nak share resipi mudah buat nasi lemak (style my mom). Enjoy cuba k.


Nasi lemak - Gambar Hiasan
Bahan2
3 cawan beras
Sepeket santan pekat (sederhana/150ml)
*Bawang merah (4-5biji)
*Halia (skit je)
*Bawang putih (sebiji)
*Tumbuk/blend skali
Daun pandan 3helai
Secubit Garam
Air (secukup utk masak nasi - balance bila dh letak santan)

Cara2
Cara macam nak masak nasi, cuma masukkan semua bahan tambahan dan kacau sebelum tanak dalam periuk nasi.

Untuk sambal, telur, timun, kacang, ikan bilis goreng...terpulang pada anda ye. :D

Makan nasi lemak ni tak salah tapi janganlah kerap kerana kandungan lemaknya tu boleh membantu tahap kegemukan anda.Makan sekali sekala ok je. So, yang penting makan untuk hidup, bukan ikut nafsu.

Selamat mencuba. (",)

Friday, September 21, 2012

Resipi sihat: Ikan kerapu masak stim

Ikan kerapu stim - gambar hiasan

Assalammualaikum. Hmm nampak pun terliur.Memang sedap dan berkhasiat kalau makan masakan stim/kukus ni.Pulak senang sangat.Cubalah!

Bahan2:
Ikan kerapu 2ekor
Bawang besar sebiji
Bawang putih 5 ulas
Halia seinci
Brokoli
Carrot
Lada Mera sebiji
Limau nipis 2-3 biji (sape suke masam letak lebih)
Minyak 1 sudu
Sos tiram (option)
Garam dan Gula skit

Cara:
Bersihkan ikan kerapu dan letakkan ke dalam loyang kukus
Masukkan hirisan bawang besar dan putih, halia, lada merah, carrot & brokoli.
Letak garam, gula, minyak, sos tiram dan perahan limau nipis tadi.
Kukus sehingga masak (lebih kurang 10-15 minit)

Sedia untuk dihidang.Paling best makan time lauk masih panas.
Ok, all the best.