Showing posts with label kulit. Show all posts
Showing posts with label kulit. Show all posts

Saturday, February 9, 2013

Kulit muka kembali normal selepas 2 minggu kemalangan!!


Hari selepas kemalangan
2 minggu selepas kemalangan


Malang tidak berbau.Itulah yang telah menimpa saudara Aiman di mana beliau terlibat dengan kemalangan motosikal di MRR2 baru2 ini. Alhamdulillah, nasib baik hanya luka2 di bahagian muka dan badan. 

Cerita lanjut di Testimoni


Friday, December 21, 2012


Apa yang anda perlu tahu kandungan ajaib Sur-Exx yang sangat HEBAT ini?

1) Serbuk Ekstrak Kranberi



Kranberi adalah antara makanan paling popular dengan manfaat kesihatan yang terbukti menurut penyelidik. Ia penuh dengan anti-oksidan yang melindungi sel-sel dari kerosakan daripada molekul yang tidak stabil; yang dikenali sebagai radikal bebas.

Selanjutnya di Info Kesihatan Sur-Exx

Monday, October 22, 2012

5 Jenis Sakit Kulit yang selalu kita buat tak kisah.


Betul tak kalau saya kata bahawa majoriti masyarakat kita paling tak kisah dengan sakit kulit? Bagi kita itu benda biasa dan perlu tak dihiraukan. Namun juga ada dikalangan kita yang sanggup berhabis ribuan ringgit untuk memastikan kulit mereka sentiasa nampak cantik, sihat & kekal muda.

Kulit - organ homeostasis (organ pengekalan) yang penting. Juga, organ manusia yang paling besar; memiliki berat sekitar 6 paun. Bertindak sebagai rintangan antara persekitaran luar dan dalam badan (pemisah). Melindungi otot dan organ manusia.




Fungsi Kulit:

  1. PERLINDUNGAN 
  2. Mencegah dehidrasi
  3. Rangsangan luar
  4. Menyimpan lemak
  5. Sintesis vitamin D
  6. Menghasilkan bau dan penyamaran
  7. Kawal atur suhu
Namun disebabkan oleh faktor genetik,keturunan,perubahan fizikal alam dan aktiviti manusia, kita sememangnya terdedah dengan pelbagai penyakit kulit. Di sini saya senaraikan 5 jenis penyakit kulit yang sinonim dengan kita tetapi kurang diberi perhatian samaada merawat atau pencegahan.

1) PANAU 

Kuman panau
Panau muka








  • Disebabkan oleh kulat Candida Albicans yang menyebabkan timbulnya tompok pada kulit dan akan berasa gatal ketika berpeluh.
  • Tompok panau ini ada yang berwarna putih, merah atau coklat.
  • Biasanya terjadi dibahagian badan yang berpeluh, lembap dan berlipat.
  • Untuk kes panau yang serius, ia menyumbang kepada tahap keyakinan yang rendah kepada pesakit.
2) EKZEMA





  • Disebabkan oleh sentuhan atau alergi.
  • Kebanyakkannya dihidapai oleh mereka yang mewarisi kulit yang sensitif terhadap suhu sekeliling.
  • Tekanan emosi, mandi berlebihan & penggunaan sabun yang kuat juga menjadi faktor kepada ekzema.
  • Kes yang serius, ekzema menjadikan kulit kelihatan kemerah-merahan dan membengkak.
  • Akibat terlalu gatal dan pesakit menggaru kulit, kulit akhirnya akan merekah,
  • Membuatkan pesakit sentiasa tidak selesa malah kulit kelihatan tidak cantik seperti biasa.

3) KURAP

kronik betul kurap ni








  • Merupakan jangkitan kulat pada kulit manusia
  • Selalu menyerang di bahagian badan, kulit kepala, kaki dan kuku,
  • Kulit terasa gatal, merah dan bersisik.
  • Boleh berjangkit melalui sentuhan langsung dari pesakit kepada orang lain
4) CACAR AIR & CAMPAK

Baby kena demam campak

Cacar air - terukla parut dia ni
  • Disebabkan oleh beberapa jenis virus dengan simptom yang tidak selesa.
  • Kedua-dua penyakit ini terjadi dengan demam, ruam pada kulit dan beberapa gejala lain.
  • Biasanya mengambil masa untuk sembuh dan biasanya akan meninggalkan parut kekal.


5) KUDIS BUTA

Kudis buta 
Hama Kudis Buta



  • Sejenis penyakit kulit berjangkit yang disebabkan oleh tungau dimana ia menembusi permukaan bawah kulit dan bertelur disitu. Ini kerana tungau gemar kepada bahagian kulit yang lembut seperti peha,ketiak,punggung,buah dada.
  • Menyebabkan kulit terasa sangat gatal dan boleh terluka akibat digaru.
  • Boleh berjangkit melalui sentuhan tubuh dengan pesakit, dari tempat tidur dan pakaian yang ada tungau.
Hmm..saya harap lepas ni kita mulalah ambil kisah tentang sakit kulit ini. Kita tidak sedar bahawa sakit kulit ini boleh membawa kesan psikologi kepada pesakit terutamanya perasaan rendah diri,anti-sosial,berasa terpinggir dan sebagainya. Ini sedikit sebanyak akan mengganggu gugat aktiviti harian pesakit dan pada tahap ekstrem boleh menyebabkan kecederaan kepada diri sendiri atau murung.

Masih ada masa untuk mengubatinya dan yang penting adalah ikhtiar. 
PurLife yang mengandungi khasiat semulajadi seperti Vitamin C, L-Lysine, GFC, Kolagen Peptide & Stem sel epal dapat membantu mengurangkan masalah kulit anda malah membantu menjadikan kulit anda lebih sihat, menghilangkan kesan parut dan membina semula kulit supaya lebih cantik dan anjal. 

Tersangat mudah dan paling berkesan untuk orang yang tak berapa rajin macam saya. Spray sahaja dibawah lidah atau ditempat kulit bermasalah Insyallah masalah kulit anda akan berkurang. Tak salah mencuba supaya hidup anda akan kembali ceria. Jangan stress ok! :)

Dapatkan PurLife hari ini:

Call/sms 0176293569
FB: Nurliyana Wan