Showing posts with label demam. Show all posts
Showing posts with label demam. Show all posts

Tuesday, April 16, 2013

Alif & Wad 4B katil 18

Assalammualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera.

'Rintangan pasti datang menghadang, cubaan pasti datang menghujan. 
Namun yakinlah bahawa cinta itukan membuatmu, mengerti akan ARTI KEHIDUPAN'...by DOEL Sumbang


Alhamdulillah selepas mengharungi hampir 3 minggu yang mencabar kesihatan kami sekeluarga, dapat semula  aku meng'update' blog dengan sedikit perkongsian tentang demam panas yang sebabkan Alif duduk di wad selama 6 hari.

Sebenarnya, yang mula-mula sekali demam adalah anak aku yang bongsu, Harraz. Dia ni kalau demam memang akan terus bawa ke hospital sebab dia dah ada sejarah kena sawan sewaktu kena demam panas tahun lepas. Walaupun suhu ketika diperiksa mencecah 40'c, Alhamdulillah ujian darah Harraz baik dan hanya dapat rawatan biasa sahaja. 

Lepas seminggu, dia dah baik. Tapi belum sempat Harraz baik, anak aku yang sulung, Alya & yang no.2, Alif dah mula berjangkit demam juga sakit mata. Kedua-duanya aku bawa ke klinik untuk dapatkan rawatan & ubat-ubatan. Biasanya mereka dua ni kalau demam,tahap nak sembuh tu lebih baik. Tapi kali ni, dah masuk hari ke-5 mereka demam, tiada sebarang perkembangan positif aku nampak. Malah, Alif makin teruk sehingga pada lewat malam tu aku tengok selimut dah masuk bakul baju kotor. Bila aku tanya Alya, dia kata hidung Alif keluar darah.Disebabkan dah awal pagi, aku & suami buat keputusan nak bawa Alif & Alya ke hospital pada esok hari. Lagi sekali, pagi tu hidung Alif berdarah. Hanya Allah je la tau aku perasaan aku masa tu.

Alif sewaktu terima rawatan separa kritikal di wad kecemasan
Setibanya di hospital, tiba di kaunter triage Pembantu Perubatan terus bertanya soalan dan periksa Alya & Alif. Bila aku dan suamiku beritahu situasi Alif yang lebih serius, mereka terus suruh suamiku bawa alif ke bilik separa kritikal sementara aku bersama alya di bahagian tidak kritikal. Masa tu hati aku dah dapat rasa yang Alif ni mesti di kena tahan di wad. Memang betul, sudahnya selepas dapatkan rawatan pertama, Alif telah ditempatkan di wad 4b,Hospital Ampang. Alya pula boleh balik sebab dia tidak seserius Alif walaupun dia demam & sakit mata sama macam Alif.

Hati ibu mana tak sayu tengok anak sakit sehingga tahan di hospital. Tapi, masa tu aku tetap tabah dengan ujian Allah & terpaksa tolak ke tepi segala urusan yang lain. Pada waktu itu, mata Alif semakin mula membengkak bukan setakat sebelah, tetapi di kedua-dua belah. Tak pernah aku tengok sakit mata seteruk ini, walaupun dulu aku selalu juga kena. Tangan dia dah bercucuk air & untuk ambil darah. Terima kasih lah pada akak aku, Lynda dan sepupuku Mas yang singgah ziarah tengok Alif petang tu.Pada malam pertama, suamiku bermalam dengan Alif kerana esok paginya tu aku ada tugas yang perlu diuruskan walaupun dengan hati berat ;(

Malam pertama Alif tidur di wad buat pertama kalinya
Bermulalah sesi rutin pemeriksaan doktor, ambil darah setiap 6 jam, suhu dan macam-macam lagi tak kira siang dan malam. Seperti biasa, pada mulanya doktor suspek denggi. Pada masa ni mulut Alif dah mula berbau. Rupanya dah ada tonsil bernanah. Patutlah dia tak nak makan. Masa ni teruk juga nak layan karenah dia sebab tak tahan kena masuk prosedur untuk cucuk jarum ambil darah, letak ubat di mata dan semualah.

Pada hari ke-2 semua rawatan dijalankan seperti biasa. Demam Alif semakin surut tetapi ujian darah Alif masih tahap yang kurang memuaskan. Doktor cuba mengesahkan virus apa yang menyerang Alif untuk memberi antibiotik yang sesuai untuk merawatnya. Selain itu, Alif juga dibawa berjumpa dengan Doktor pakar mata untuk periksa mata Alif yang bengkak teruk & mendapatkan ubat mata. Tak pernah aku tengok dia sesakit ini, dengan mata bengkak kemerahan. Dah lain sangat wajah Alif masa ni. Sewaktu ini, Alif masih ditempatkan di wad yang berkongsi katil dengan kanak-kanak lain. Ada yang demam sebab kena kencing tikus, bayi demam panas sehingga sawan, lelah dan lain-lain lagi. Tabah betul ibu bapa mereka.

Hari ke-3


Mata Alif dah bengkak teruk - jumpa pakar mata












Pada petang hari ke-2, doktor mengarahkan untuk Alif ditukarkan ke katil 18 (bilik untuk seorang) selepas disahkan terkena konjunktivitis - sakit mata disebabkan bakteria yang boleh berjangkit kepada orang lain. Memang pekej kali ni sakit Alif kena. Terima kasih kepada sahabat & mentor kami, Saiful Izwan serta Baniyamin kerana datang singgah melihat keadaan Alif. Baru aku sedar, dari sekadar demam ia boleh merebak kepada pelbagai sakit lain. Sangat merbahaya terutama kepada anak-anak.Di situ juga Alif mula mendapat rawatan air garam & antibiotik untuk demam virus untuk menggalakkan dia makan dan meredakan demamnya.

Chicken Chop untuk lunch
Burger & mushroom soup untuk dinner


Aiskrim untuk dessert

Alhamdulillah, menjelang hari ke-3 dan seterusnya Alif dah tak demam. Tapi keputusan darah Alif masih tidak memberangsangkan dan mata Alif masih bengkak kemerahan. Namun, dengan menu makanan di sini seperti Chicken Chop, aiskrim, Fish 'N' Chip, Burger dengan kentang goreng buat selera dia makin bertambah serta membantu untuk tambah tenaga badan dia untuk lawan virus.Tonsil Alif pun makin baik dan mulutnya dah tak berbau. Terima kasih kat Acik,Pakcik dan Aimin yang datang jenguk Alif masa hari Ahad itu. Sepanjang tempoh itu, aku menemankan Alif bermalam di wad. Nasiblah sekarang aku telah mempunyai masaku sendiri. Alhamdulillah...

Muka senyum sebelum prosedur, lepas tu semua dapat bekas.

Rawatan diteruskan siang & malam. Memang agak keletihan. Kesian juga tengok Alif tidur tak lena kerana selalu terganggu. Tapi aku hanya berdoa semoga Alif cepat sembuh dan boleh pulang cepat. Pada hari ke-5, jarum di tangan Alif terpaksa dicucuk baru kerana tangannya dah membengkak. Memang cabaran nak pegang Alif ni. Kuat betul meronta. Doktor yang rawat dia semua ada bekas dia cengkam termasuk aku dan suami. Masa ni doktor dah bagi 'hint' kalau keputusan darah ok, esok dah boleh balik. Dalam hati aku, moga esok aku boleh balik sebab masa tu badan dah rasa tak selesa dan dah batuk.

Akhirnya, selepas rawatan terakhir tengahari hari ke-6, doktor dah beri kebenaran untuk pulang disamping dapat temujanji untuk pemeriksaan mata Alif. Alhamdulillah. Inilah paling lama anak aku duduk wad, begitu juga dengan aku. 3hari 3 malam terus menerus. Memang mencabar. Tapi disebalik itu, dapat kawan baru dan luangkan masa ekstra dengan penuh kasih sayang dengan Alif.

Hebat!! Terima kasih kepada doktor, kakitangan Wad 4B, Hospital Ampang. Tunggu masa nak balik.
Walaupun dah balik, Alif masih kena kuarantin kat rumah sebab sakit mata belum baik. Tapi bab tak bestnye, aku pula yang demam,batuk & sakit mata. Alhamdulillah, sekali lagi aku bersyukur kerana Allah beri kesempatan masa untuk aku pulih.Cuma batuk ni je belum baik lagi. Oklah, harap apa yang aku cerita ni  boleh jadi perkongsian berguna untuk semua terutama yang telah mempunyai cahaya mata. Setiap yang berlaku,pasti ada hikmahnya. In Shaa Allah.

p/s: Jangan ambil mudah sekiranya anak-anak demam walau sikit.Terus bawa ke hopital berdekatan sebab dah banyak virus merbahaya diluar sana yang tunggu masa untuk meragut nyawa. Sayang u all! 

Sunday, January 27, 2013

Hentikan Tabiat Kurang Minum Air & Tahan Kencing SEKARANG!!



Sanggup ke nak jadi camni?
Punca batu karang
Terbentuk kerana tabiat pemakanan dan kurang minum air


ZAMAN berubah, tetapi ada nasihat orang tua dulu-dulu yang masih berguna. Antaranya ialah jangan suka menahan kencing kerana ia boleh menyebabkan batu karang. Walaupun tiada bukti saintifik yang boleh menyokongnya, ia tidak boleh dipandang ringan kerana nasihat ini banyak manfaatnya.

Secara logiknya, apabila seseorang cuba menahan kencing, dia akan kurang minum. Jika kurang minum, air kencing menjadi pekat dan mengandungi banyak bahan yang boleh membentuk batu karang.

Masalah ini lebih ketara bagi penduduk negara yang panas seperti Malaysia, bekerja dalam persekitaran panas atau bersenam keterlaluan dan kurang minum menggantikan semula air yang hilang.

Batu karang terbentuk dalam buah pinggang. Di buah pinggang inilah berlakunya proses penapisan darah bagi menyingkirkan bahan yang tidak diperlukan badan melalui air kencing dan najis.

Daripada buah pinggang, air kencing dipindahkan ke pundi kencing melalui saluran ureter. Di sinilah air kencing disimpan sehingga ia dibuang daripada badan. Batu karang terbentuk apabila air kencing mengandungi banyak bahan, terutama kalsium, oksalat, asid urik dan sistein atau kekurangan bahan yang bertugas membantu mencegah pembentukan kristal seperti sitrat dan magnesium.

kehadiran batu karang boleh menjadi petanda buah pinggang mula mengalami kerosakan.Pesakit perlu mendapatkan rawatan segera supaya kerosakan buah pinggang dapat diperlahankan dan disusuli dengan penjagaan pemakanan serta mula bersenam bagi mengelakkan pembentukan batu karang berulang.

Biasanya batu karang menyebabkan rasa yang sangat sakit pada bahagian tepi perut. Bagaimanapun, ia tidak berlaku pada semua orang. Ada juga pesakit batu karang yang tidak mengalami tanda dan masalah mereka dikesan secara tidak sengaja iaitu apabila menjalani pemeriksaan kesihatan bagi tujuan lain.

Banyak punca boleh menyebabkan pembentukan batu karang, tetapi faktor utamanya ialah tabiat pemakanan dan kurang minum air. Batu karang biasanya terbentuk apabila air kencing menjadi terlalu pekat.

Ini menyebabkan mineral dalam air kencing termendak dan mula membentuk kristal. Lama kelamaan, kristal ini bergabung dan membentuk seketul batu yang keras.

Batu karang yang kecil boleh masuk ke pundi kencing tanpa mengakibatkan kerosakan. Pergerakan batu karang ini menyebabkan kesakitan pada bahagian belakang atau sisi di bawah tulang rusuk. Kesakitan akibat batu karang lebih memuncak apabila batu ini pecah dan terhenti bergerak.

Banyak faktor boleh mempengaruhi perubahan air kencing kita seperti keturunan, pemakanan, ubat, cuaca, gaya hidup dan masalah kesihatan. Semuanya memberi sumbangan tertentu kepada pembentukan batu karang.



Faktor risiko


Banyak faktor boleh menyumbang kepada pembentukan batu karang, antaranya:

Kurang air — Jika tidak cukup minum, terutama air masak, air kencing menjadi lebih pekat. Ini sebabnya individu yang kurang minum air lebih mudah mengalami masalah batu karang.

Sejarah keluarga atau sendiri — Masalah batu karang juga boleh disebabkan oleh faktor keturunan. Orang yang ada sejarah keluarga mempunyai batu karang berisiko mengalami masalah sama. Malah, individu yang pernah mendapat batu karang juga perlu lebih berhati-hati kerana masalah ini boleh berulang.

Umur — kebanyakan kes berlaku di kalangan umur 20 hingga 70 tahun.

Jantina — Lelaki lebih mudah mengalami masalah batu karang berbanding wanita.

Penyakit tertentu — Penyakit yang diwarisi seperti sistinuria (masalah penyerapan dan metabolisme asid amino menyebabkan asid amino sisteina terkumpul dalam darah dan membentuk batu karang). Bahkan, individu yang ada penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi juga berisiko mengalami batu karang. Selain itu, individu yang mengalami masalah hiperurisemia (kepekatan asid urik yang tinggi dalam darah) juga dinasihatkan lebih peka menjaga kesihatan.

Kesan sampingan ubat — Sesetengah ubat, contohnya ubat diuretik, boleh meningkatkan risiko pembentukan batu karang dalam keadaan tertentu.

Pemakanan — Pemakanan yang tinggi kandungan protein purin dan asid urik seperti organ dalaman (hati, jantung, limpa), daging merah, makanan laut bercangkerang (kerang, tiram) dan alkohol boleh meninggikan risiko mendapat batu karang. Pada masa sama, diet kurang serat (buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin) menyumbang kepada masalah ini.

Kurang bergerak — Individu yang kurang bergerak, jarang bersenam atau lama terlantar lebih berisiko tinggi. Ini kerana aktiviti fizikal yang terhad menyebabkan tulang mengeluarkan lebih kalsium ke dalam darah.

Masalah batu karang boleh dielakkan dengan mengamalkan pemakanan sihat dan minum banyak air. Pesakit yang pernah mengalami masalah ini dinasihatkan supaya mengurangkan pengambilan makanan yang kaya asid urik atau purin.

Batu karang adalah masalah kesihatan yang boleh dicegah dengan melakukan sedikit perubahan gaya hidup. Selain itu setiap orang juga disaran menjalani tiga ujian mudah, iaitu ujian air kencing dan darah serta pemeriksaan tekanan darah bagi memastikan buah pinggang dalam keadaan normal.

Ini kerana melalui tiga ujian berkenaan, perubahan fungsi atau kerosakan buah pinggang dapat dikesan pada peringkat awal dan boleh dirawat segera.

Jenis


Batu karang ada empat jenis yang ditentukan bahan atau puncanya iaitu:

> Batu kalsium — Jenis paling lazim. Batu kalsium biasanya membabitkan dua bahan, iaitu kalsium dan oksalat.

> Batu struvite — Berlaku lebih kerap pada wanita berbanding lelaki. Ia biasanya disebabkan jangkitan salur kencing kronik oleh bakteria yang menghasilkan enzim tertentu. Enzim ini meningkatkan kandungan ammonia dalam air kencing sehingga membentuk kristal struvite.

> Batu asid urik — Batu ini terbentuk daripada asid urik, iaitu hasil sampingan daripada metabolisma protein.

> Batu sistein — Pembentukan batu karang jenis ini jarang berlaku. Ia biasanya berlaku di kalangan individu yang ada masalah genetik yang menyebabkan buah pinggang menghasilkan berlebihan asid amino tertentu.

Gejala


Sakit pada bahagian belakang badan dan sisi di bawah tulang rusuk. Bagaimanapun bukan semua kes mempunyai gejala, kecuali jika batu karang berkenaan besar sehingga menyekat saluran tertentu dan menyebabkan jangkitan. Rasa sakit ini datang dan pergi dalam masa antara lima hingga 15 minit.

> Apabila batu karang ini berpindah dari buah pinggang ke pundi kencing melalui tiub yang dipanggil ureter, pesakit mengalami rasa sakit pada abdomen bawah. Kesakitan ini terhenti apabila batu karang berhenti bergerak.

> Air kencing berdarah.

> Air kencing keruh dan berbau busuk.

> Mual dan muntah.

> Sentiasa terasa hendak kencing.

> Demam dan menggigil (jika ada jangkitan).

Jika terbuka hati anda untuk mencegah & mengurangkan risiko, dapatkan SurExx segera kerana ia dapat membantu masalah batu karang anda. Hubungi saya sekarang di 0176293569 @ BBM 22B8797E.

Sumber:ipim.edu.my

Artikel akhbar: harian metro

Monday, October 22, 2012

5 Jenis Sakit Kulit yang selalu kita buat tak kisah.


Betul tak kalau saya kata bahawa majoriti masyarakat kita paling tak kisah dengan sakit kulit? Bagi kita itu benda biasa dan perlu tak dihiraukan. Namun juga ada dikalangan kita yang sanggup berhabis ribuan ringgit untuk memastikan kulit mereka sentiasa nampak cantik, sihat & kekal muda.

Kulit - organ homeostasis (organ pengekalan) yang penting. Juga, organ manusia yang paling besar; memiliki berat sekitar 6 paun. Bertindak sebagai rintangan antara persekitaran luar dan dalam badan (pemisah). Melindungi otot dan organ manusia.




Fungsi Kulit:

  1. PERLINDUNGAN 
  2. Mencegah dehidrasi
  3. Rangsangan luar
  4. Menyimpan lemak
  5. Sintesis vitamin D
  6. Menghasilkan bau dan penyamaran
  7. Kawal atur suhu
Namun disebabkan oleh faktor genetik,keturunan,perubahan fizikal alam dan aktiviti manusia, kita sememangnya terdedah dengan pelbagai penyakit kulit. Di sini saya senaraikan 5 jenis penyakit kulit yang sinonim dengan kita tetapi kurang diberi perhatian samaada merawat atau pencegahan.

1) PANAU 

Kuman panau
Panau muka








  • Disebabkan oleh kulat Candida Albicans yang menyebabkan timbulnya tompok pada kulit dan akan berasa gatal ketika berpeluh.
  • Tompok panau ini ada yang berwarna putih, merah atau coklat.
  • Biasanya terjadi dibahagian badan yang berpeluh, lembap dan berlipat.
  • Untuk kes panau yang serius, ia menyumbang kepada tahap keyakinan yang rendah kepada pesakit.
2) EKZEMA





  • Disebabkan oleh sentuhan atau alergi.
  • Kebanyakkannya dihidapai oleh mereka yang mewarisi kulit yang sensitif terhadap suhu sekeliling.
  • Tekanan emosi, mandi berlebihan & penggunaan sabun yang kuat juga menjadi faktor kepada ekzema.
  • Kes yang serius, ekzema menjadikan kulit kelihatan kemerah-merahan dan membengkak.
  • Akibat terlalu gatal dan pesakit menggaru kulit, kulit akhirnya akan merekah,
  • Membuatkan pesakit sentiasa tidak selesa malah kulit kelihatan tidak cantik seperti biasa.

3) KURAP

kronik betul kurap ni








  • Merupakan jangkitan kulat pada kulit manusia
  • Selalu menyerang di bahagian badan, kulit kepala, kaki dan kuku,
  • Kulit terasa gatal, merah dan bersisik.
  • Boleh berjangkit melalui sentuhan langsung dari pesakit kepada orang lain
4) CACAR AIR & CAMPAK

Baby kena demam campak

Cacar air - terukla parut dia ni
  • Disebabkan oleh beberapa jenis virus dengan simptom yang tidak selesa.
  • Kedua-dua penyakit ini terjadi dengan demam, ruam pada kulit dan beberapa gejala lain.
  • Biasanya mengambil masa untuk sembuh dan biasanya akan meninggalkan parut kekal.


5) KUDIS BUTA

Kudis buta 
Hama Kudis Buta



  • Sejenis penyakit kulit berjangkit yang disebabkan oleh tungau dimana ia menembusi permukaan bawah kulit dan bertelur disitu. Ini kerana tungau gemar kepada bahagian kulit yang lembut seperti peha,ketiak,punggung,buah dada.
  • Menyebabkan kulit terasa sangat gatal dan boleh terluka akibat digaru.
  • Boleh berjangkit melalui sentuhan tubuh dengan pesakit, dari tempat tidur dan pakaian yang ada tungau.
Hmm..saya harap lepas ni kita mulalah ambil kisah tentang sakit kulit ini. Kita tidak sedar bahawa sakit kulit ini boleh membawa kesan psikologi kepada pesakit terutamanya perasaan rendah diri,anti-sosial,berasa terpinggir dan sebagainya. Ini sedikit sebanyak akan mengganggu gugat aktiviti harian pesakit dan pada tahap ekstrem boleh menyebabkan kecederaan kepada diri sendiri atau murung.

Masih ada masa untuk mengubatinya dan yang penting adalah ikhtiar. 
PurLife yang mengandungi khasiat semulajadi seperti Vitamin C, L-Lysine, GFC, Kolagen Peptide & Stem sel epal dapat membantu mengurangkan masalah kulit anda malah membantu menjadikan kulit anda lebih sihat, menghilangkan kesan parut dan membina semula kulit supaya lebih cantik dan anjal. 

Tersangat mudah dan paling berkesan untuk orang yang tak berapa rajin macam saya. Spray sahaja dibawah lidah atau ditempat kulit bermasalah Insyallah masalah kulit anda akan berkurang. Tak salah mencuba supaya hidup anda akan kembali ceria. Jangan stress ok! :)

Dapatkan PurLife hari ini:

Call/sms 0176293569
FB: Nurliyana Wan