Showing posts with label merokok. Show all posts
Showing posts with label merokok. Show all posts

Sunday, February 17, 2013

Testimoni TERKINI - Kencing dah lawas, tak bangun tengah malam!!

Assalammualaikum,

Pak Ngah bergambar dengan SurExx - Terbaik katanya. :)
Alhamdulillah, dengan izin Allah semakin banyak testimoni dari para pengguna PURLIFE & SUR-EXX di seluruh Malaysia.

Yang terbaru yang saya nak kongsikan kepada anda ialah mengenai En. Nawawi @ Pak Ngah.Beliau yang berusia 67 tahun dan masih bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah kilang di Setapak. Kami dipertemukan dengan sekeping flyers promosi produk PurLife & Sur-Exx yang beliau dapat.

Selanjutnya di bahagian TESTIMONI

Sunday, November 11, 2012

Jangan ambil enteng dengan GASTRIK!

Dah selalu sangat kita dengar ramai dikalangan ahli keluarga,sahabat handai, rakan sekolah/kolej/pejabat yang mempunyai masalah gastrik kan? Tapi, ramaikah yang tahu bahawa gastrik kalau dibiarkan tidak dirawat akan menyebabkan kanser perut?YA, KANSER PERUT yang boleh membawa MAUT!



Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.

Gastrik ini tidak mengenal umur kerana dengan gaya hidup serta pemakanan zaman moden ini merupakan punca utama seseorang itu boleh mendapat gastrik. Contohnya:


  • makan tidak mengikut waktu
  • merokok
  • suka makan makanan segera/berasid/pedas secara kerap yang boleh menghakis dinding perut
  • ambil banyak painkiller 
  • banyak minum air bergas/bikarbonat
  • ambil coklat kerap
  • STRESS!
sedap tapi inilah salah satu punca gastrik

Macamana kita boleh tahu kita kena gastrik?


Simptom: rasa pedih perut (imflamasi)
  1. Rasa pedih di bahagian ulu hati
  2. Rasa pedih di bahagian perut
  3. Rasa mual dan muntah
  4. Kerap sendawa
  5. Pening dan mabuk
  6. Masih rasa sakit perut sedikit atau banyak walaupun dah makan
  7. Turun berat badan
  8. Rasa nak demam bila tak makan atau lewat makan
Jadi untuk pencegahan & pemulihan dari gastrik amat mudah iaitu dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Elakkan pengambilan makanan yang menyebabkan gastrik serta ubah tabiat yang negatif seperti merokok, makan tak ikut masa dsbnya. Dan paling terbaik adalah amalkan diet mengikut Rasulullah SAW.Insyallah perut kita akan sentiasa sihat. (Saya cakap ni sebab saya dah cuba dan ianya terbukti berkesan). :)

Dan untuk supplement, PurLife adalah supplement terbaik sebab PurLife akan membantu membuang toksin di dalam badan, membantu sistem penghadaman serta membantu perut untuk menerima makanan pada tahap yang diperlukan sahaja.Jadi, perut kita akan berasa lapar pada waktu sepatutnya dan tidak akan makan pada tahap yang berlebihan.

Cubalah PurLife sekarang, anda akan pasti teruja. :)

Call/sms/whatsapp: 0176293569
FB: Nurliyana Wan
Skype:Nurliyana.wan




Monday, October 1, 2012

Jangan stress, nanti cepat tua - tips hilangkan stress menurut Islam


Adakah anda mengalami salah satu daripada masalah kesihatan di dalam gambarajah ini?


Jika ya, dah confirm anda mengalami stress. Boleh katakan semua orang dah tahu apa itu stress dan bagaimana ia berlaku. 

Punca sebenar stress ini adalah pelbagai antaranya disebabkan oleh tekanan peribadi contohnya terlampau risau tentang masalah berat badan, masalah keluarga, masalah rumahtangga. Bagi yang bekerjaya stress boleh hadir disebabkan oleh tekanan kerja yang banyak, persekitaran tempat kerja yang tidak kondusif serta lain-lain. Juga faktor luaran seperti faktor keselamatan, persekitaran yang negative serta gangguan-gangguan yang tidak diundang.




Kesan stress yang negatif biasanya ialah kemudaratan kepada tahap kesihatan kita. Ini kerana bila kita stress, sistem kitaran dalam badan kita akan terganggu dan menyebabkan timbulnya pelbagai punca penyakit.

Dari segi Islam, jika kita benar-benar berpegang kepada prinsip yang amat mudah ini Insyallah kita dapatkan mengurangkan stress dalam kehidupan kita. Ini kerana dengan desakan serta cabaran hidup hari ini, kita mudah alpa atau terleka untuk mengamalkan prinsip ini, termasuklah saya. 

Prinsip mudah ini ialah:
  • Amalkan prinsip usaha, doa, tawakal dan redha
  •  Sentiasa bersikap positif dan fokus dengan apa yang kita lakukan
  • Yakin dengan qada’ & qadar sama ada hasilnya baik atau buruk kerana itu semua dari Allah SWT

Dari segi amalan harian, tips ini bolehlah diamalkan untuk megurangkan stress/tekanan hidup:

  • Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
  • Perbanyakkan membaca Al-Qur’an
  • Banyakkan Solat Sunat
  • Selalu berdoa kepada Allah
  • Bersangka baik dengan Allah
  • Lakukan aktiviti riadah seperti bersukan
  • Amalkan diet dengan disiplin yang kuat
  • Menangis sepuas hati
  • Hargai kebolehan diri sendiri
  • CINTAI DIRI SENDIRI
  • Sentiasa SENYUM 
Nukilan ini cuma untuk berkongsi serta peringatan kepada diri saya sendiri. Jadi sama-samalah kita mengurangkan stress dan amalkan hidup sihat bersama insan tersayang. :)

Tips dari KKM