Saturday, October 6, 2012

When you don't give up, you cannot fail!

Watch "Try to Watch Without Crying...." on YouTube



Setiap kali tengok video ni, memang aku akan menangis. Memang bagi motivasi dan semangat kat aku, mengigatkan supaya kita jangan cepat mengalah sebaliknya teruskan perjuangan sehingga ke garisan penamat. Yang paling penting adalah sokongan dari orang tersayang sewaktu kita dalam kesusahan untuk kita bangun semula.

Aku nak share kisah yang kebetulan berlaku pagi tadi tentang semangat kental seseorang untuk bertarung nyawa melawan penyakit yang biasanya berakhir dengan maut, KANSER!

Aku terima panggilan dari En.Suhaimi pada hari Khamis lalu bertanyakan tentang risalah Pur Life yang beliau dapat dari suratkhabar tempatan. Beliau bertanya serba sedikit tentang Pur Life,khasiat, cara pemakaian dan harganya. Setelah itu, beliau berkata yang beliau akan menghubungi aku semula jika berminat nak beli. Kemudian, pada keesokan harinya, beliau menelefon aku semula untuk memesan 2botol Pur Life untuk kegunaannya sendiri.Namun kita hanya merancang, aku tidak berkesempatan berjumpa dengannya semalam dan berjanji akan berjumpa pada hari ini.

Seawal pukul 9 pagi tadi, aku menelefonnya semula untuk berjumpa di kawasan berniaga pasar Chow Kit. Alhamdulillah dalam sibuk beliau menguruskan perniagaan daging di pasar, beliau dah siap menunggu aku di parking. Sempatlah aku dan suami perkenalkan diri dan tanya serba sedikit tentang dirinya.Beliau berkata beliau terbaca risalah Pur Life dan rasa ingin mencuba sendiri kerana beliau sebenarnya mengalami penyakit kanser darah. Terkejut aku dan suami sekejap bila En.Suhaimi kata begitu. Kerana dari luaran, beliau nampak begitu sihat dan ceria. Lantas aku bersyukur kerana aku masih diberi kesihatan yang baik. Beliau berkata beliau telah menjalani rawatan kemoterapi, rawatan doktor pakar,mengambil pelbagai jenis ubat dan sebagainya. Beliau juga berusaha dengan cara alternatif dan Alhamdulillah beliau masih lagi diberi peluang.Namun, perbualan kami agak singkat kerana kawasan agak sesak dengan kereta lalu-lalang.

On the way balik ke rumah, aku dan suami berbual tentang En.Suhaimi. Kami berasa sangat bertuah kerana Allah pertemukan dengan seseorang yang mempunyai semangat berjuang yang sangat tinggi untuk hidup.Pasti beliau mempunyai matlamat yang unggul untuk berusaha,ikhtiar dan bertawakal agar beliau sembuh semula. Dari raut wajah beliau sendiri menunjukkan beliau amat kental dan tabah dengan dugaan dari Allah yang Maha Mengetahui lagi Maha Penyayang.

Aku mendoakan semoga beliau akan sembuh dari penyakit maut ini. Dan semoga dengan menggunakan Pur Life, beliau akan berasa lebih sihat dan membantu menyembuhkan sakit beliau.

Korang rasa korang dah cukup susah? Dah tak sanggup terima cabaran dan dugaan hidup? Korang fikir sendiri macamana orang seperti En.Suhaimi ni berusaha untuk tidak berputus asa untuk HIDUP!

No comments:

Post a Comment