Showing posts with label perokok. Show all posts
Showing posts with label perokok. Show all posts

Monday, October 1, 2012

Jangan stress, nanti cepat tua - tips hilangkan stress menurut Islam


Adakah anda mengalami salah satu daripada masalah kesihatan di dalam gambarajah ini?


Jika ya, dah confirm anda mengalami stress. Boleh katakan semua orang dah tahu apa itu stress dan bagaimana ia berlaku. 

Punca sebenar stress ini adalah pelbagai antaranya disebabkan oleh tekanan peribadi contohnya terlampau risau tentang masalah berat badan, masalah keluarga, masalah rumahtangga. Bagi yang bekerjaya stress boleh hadir disebabkan oleh tekanan kerja yang banyak, persekitaran tempat kerja yang tidak kondusif serta lain-lain. Juga faktor luaran seperti faktor keselamatan, persekitaran yang negative serta gangguan-gangguan yang tidak diundang.




Kesan stress yang negatif biasanya ialah kemudaratan kepada tahap kesihatan kita. Ini kerana bila kita stress, sistem kitaran dalam badan kita akan terganggu dan menyebabkan timbulnya pelbagai punca penyakit.

Dari segi Islam, jika kita benar-benar berpegang kepada prinsip yang amat mudah ini Insyallah kita dapatkan mengurangkan stress dalam kehidupan kita. Ini kerana dengan desakan serta cabaran hidup hari ini, kita mudah alpa atau terleka untuk mengamalkan prinsip ini, termasuklah saya. 

Prinsip mudah ini ialah:
  • Amalkan prinsip usaha, doa, tawakal dan redha
  •  Sentiasa bersikap positif dan fokus dengan apa yang kita lakukan
  • Yakin dengan qada’ & qadar sama ada hasilnya baik atau buruk kerana itu semua dari Allah SWT

Dari segi amalan harian, tips ini bolehlah diamalkan untuk megurangkan stress/tekanan hidup:

  • Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
  • Perbanyakkan membaca Al-Qur’an
  • Banyakkan Solat Sunat
  • Selalu berdoa kepada Allah
  • Bersangka baik dengan Allah
  • Lakukan aktiviti riadah seperti bersukan
  • Amalkan diet dengan disiplin yang kuat
  • Menangis sepuas hati
  • Hargai kebolehan diri sendiri
  • CINTAI DIRI SENDIRI
  • Sentiasa SENYUM 
Nukilan ini cuma untuk berkongsi serta peringatan kepada diri saya sendiri. Jadi sama-samalah kita mengurangkan stress dan amalkan hidup sihat bersama insan tersayang. :)

Tips dari KKM


Tuesday, September 25, 2012

Kenali Migrain serta kesan pengambilan ubat-ubatannya.


Penyakit migraine adalah sejenis sakit kepala yang amat menyakitkan. Orang yang kena serangan migraine sering mengadu sakit yang berdenyut-denyut di sebelah bahagian kepala. Mereka juga tidak suka kepada cahaya dan bunyi bising. Kadang-kala mereka merasa loya dan muntah-muntah. Mereka juga boleh mengetahui mereka terkena migraine jika mereka nampak kerlipan cahaya, garis-garis bersilang atau hilang pandangan buat sementara.


Dari segi perubatan, migraine terjadi disebabkan oleh pembesaran saluran darah (vasodilatation) yang menyebabkan pelepasan bahan kimia daripada gentian saraf yang melilit arteri besar otak. Bahan kimia ini menyebabkan keradangan, kesakitan, dan pembesaran arteri. Pembesaran arteri menambahkan kesakitan.


Simptom-simptom Migraine
Cortical spreading depression

Ø  Denyut sengit yang berkumpul di satu bahagian, biasanya di dahi, sekitar mata atau di belakang kepala.
Ø  Biasanya uni-lateral (satu sisi kepala) walaupun adakalanya bi-lateral (kedua-dua belah kepala).
Ø  Sakit kepala unilateral biasanya menukar sisi serangan, jika kerap berlaku di tempat yang sama, dapatkan pemeriksaan untuk pertimbangkan sakit lain seperti tumor otak.
Ø  Petanda biasa seperti loya, muntah-muntah, cirit-birit, muka pucat, tangan sejuk, kaki sejuk dan penambahan sensitiviti kepada cahaya dan bunyi.
Ø  Sakit mungkin berlangsung antara 4 hingga 72 jam.
Ø  Petanda amaran termasuk mengantuk, cepat marah, keletihan, kemurungan, keinginan benda manis atau masin.
Saya cepat marah = migrain
Jenis-jenis Migraine

1.   Migrain dengan aura – migrain jenis ini datang dengan aura tertentu yang mungkin menglibatkan penglihatan, pendengaran, halusinasi, rasa yang tidak sedap atau bau. Aura juga boleh dirasa tanpa sakit kepala. Terdapat beberapa jenis dalam kategori ini termasuk yang diwarisi (familial hemiplegic migraine), migrain sporadic dan migrain basilar yang mana diikuti dengan masalah ketika bercakap, kesukaran berdiri tegang atau terdengar bunyi di dalam telinga

2.   Migrain tanpa aura – migrain jenis biasa tanpa diikuti dengan aura

3.   Migrain retinal – migrain disertai dengan masalah penglihatan

Kenali Pencetus Migrain
Sekiranya anda seorang penghidap migrain, elakkan beberapa pencetus migrain seperti;

v  Tekanan
v  Gangguan tidur atau tidur berlebihan
v  Berlapar untuk 1 jangka masa yang lama
v  Bau yang menusuk
v  Merokok
v  Alkohol
v  Makanan seperti keju, coklat, tinggi monosidium glutamate (MSG), nitrat, aspartame
v  Kafein
v  Cahaya terlalu terang

Mudah untuk para pesakit mereka perlu mengambil ubat untuk mengurangkan rasa sakit kepala atau migraine ini. Paling penting haruslah mempunyai preskripsi Doktor. Namun, apa yang ingin saya kongsikan di sini ialah, tahukah anda bahawa pengambilan ubat migraine berterusan boleh mendatangkan kesan sampingan yang membahayakan jika ia tidak dibendung? Contohnya:

  • Ubat penahan sakit bagi merawat serangan migraine NSAID (non-steroidal anti-inflammatory drugs) seperti Ponstan, Voltaren, Synflex,Indocid dll. Ianya tidak begitu sesuai jika diamalkan berterusan kerana dikhuatiri akan menyebabkan gastritis, ulser perut dan boleh memudaratkan fungsi BUAH PINGGANG! Juga menyebabkan pedih ulu hati, cepat berasa lapar, letih, loya, nafas tidak lepas iaitu tanda-tanda awal gastritis atau radang perut. Jadi, untuk mengurangkan risiko, ubat-ubatan ini perlu diambil selepas makan.
  • Kerosakan buah pinggang
  • Cafergot – ubat yang sinonim dengan pesakit migraine. Ia mengandungi ergoatamine iaitu bahan utama untuk merawat migraine dan juga caffeine. Cafergot bertindak untuk mengecutkan saluran darah dan melegakan sakit kepala. Caffeine pula membantu penyerapan ergotamine dengan pantas dan mengecutkan saluran darah. Ia perlu diambil dengan nasihat doctor. Jika mengambil dos berlebihan, pesakit akan merasa sakit dada, degupan jantung yang laju dan peningkatan tekanan darah. Jadi, untuk pesakit migraine yang mempunyai sejarah sakit jantung dan darah tinggi, pengambilan cafergot AMAT MERBAHAYA. Pesakit juga boleh merasa loya muntah, rasa lemah badan dan tidak bertenaga.
Gastritis
Mungkin anda tidak sedar dengan pengambilan ubat-ubatan ini boleh memudaratkan dan tidak berusaha untuk mencari ikhtiar alternatif, lama-kelamaan ia akan merosakkan sistem tubuh badan kita.

Saya ingin berkongsi bahawa intipati di dalam Pur Life dapat membantu untuk merawat penyakit migraine anda. Anda kenali sendiri kandungan tersebut dan anda akan faham maksud saya. Ini kerana fungsi setiap kandungan dalam Pur Life adalah membantu membina semula sel,otot,metabolism,DNA dalam badan kita. Tak salah jika mencuba kerana Pur Life telah disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan semestinya buatan Malaysia!

Call/sms 0176293569 untuk tempahan; atau

Thursday, September 20, 2012

Cegah sakit sewaktu jerebu.

Adakah anda sekarang ini sedang menghadapi tanda dan gejala seperti :
Gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk

·                     Sesak nafas atau sukar untuk bernafas
·                     Mata pedih dan berair
·                     Hidung berair dan kerap bersin
·                     Kulit badan gatal-gatal
·                     Sakit dada
Jika ya, anda telah terdedah kepada kesan akibat jerebu yang berlaku sekarang ini. Ini mungkin kerana anda tergolong dalam golongan yang berisiko tinggi untuk terdedah kepada penyakit seperti:
  • kanak-kanak
  • orang tua
  • pesakit asma, bronkitis, radang paru-paru, sakit jantung dan alahan
  • perokok
  • mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah
Apakah Jerebu?

Keadaan jerebu hari ini
Jerebu kelihatan di kawasan KLCC
Menurut kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka,jerebu bermaksud kabut yang disertai debu yang terapung-apung di atmosfera dan menyebabkan keadaan sekeliling kelihatan kabur.

Punca
Kejadian jerebu sebenarnya berlaku kerana terdapatnya partikel yang berasal daripada punca semulajadi seperti habuk tanah dan pelepasan gunung berapi.Ia juga boleh berpunca daripada perbuatan manusia sendiri seperti asap dan hasil lain kerana pembakaran bahan api atau oleh proses perindustrian.
Kesan jerebu terhadap kesihatan
Komponen – komponen yang terdapat pada jerebu seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida, ozon, habuk dan logam boleh membawa kesan yang buruk kepada kesihatan manusia.
Langkah-langkah perlu diambil sewaktu jerebu

Spray Pur Life 2x sehari  untuk perlindungan sepanjang hari
Ini kerana kandungan utama di dalam Pur Life iaitu Growth Factor Concentrate (GFC™ ), Apple Stem Cell Extract, Collagen Peptide, Vitamin C, L- Lysine dapat membantu menguatkan sistem imunisasi badan kita dan memperbaiki fungsi badan secara keseluruhan. Jadi tubuh badan kita akan lebih berdaya tahan terhadap wabak penyakit. Sangat mudah hanya 2x spray setiap hari, kita selamat dari penyakit akibat jerebu.
 
 
  
Pakai topeng muka
 
Minum air banyak
 

Kerap cuci muka dan badan
 

  

Ambil makanan seimbang terutama buah-buahan dan sayur-sayuran

 
Pakai cermin mata

Kurangkan aktiviti di luar rumah
  
Call sekarang : +0176293569
FB: Nurliyana Wan
Tweeter: @nizana82


Dapatkan Pur Life hari ini untuk perlindungan total dari cuaca jerebu.
Saya berbesar hati jika anda ingin berjumpa sendiri dengan saya untuk testimoni dan temujanji.
Pur Life terbukti berkesan!