Showing posts with label nabi. Show all posts
Showing posts with label nabi. Show all posts

Thursday, November 15, 2012

Kenali Nabi Muhammad S.A.W Secara Lahiriah




Begitu indahnya sifat Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keislaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda. Di antara kata-kata yang dituturkan oleh para sahabat ialah:

ü  Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah.
ü  Aku melihat cahaya dari lidahnya.
ü  Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
ü  Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
ü  Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
ü  Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
ü  Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya seperti bulan purnama.
ü  Kali pertama memandangnya pasti terpesona.
ü  Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
ü  Wajahnya sepertin bulan purnama.
ü  Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah ditengahnya.
ü  Urat darah kelihatan di antara 2 kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
ü  Mata baginda hitam, dengan bulu mata yang panjang.
ü  Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
ü  Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
ü  Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
ü  Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
ü  Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
ü  Janggutnya penuh dan tebal menawan.
ü  Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. Warna lehernya putih seperti perak sangat indah.
ü  Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
ü   Rambutnya sedikit ikal.
ü  Rambutnya tebal kadang-kadang menyentuh pangkal telinga dan kadang-kadang mencecah bahu tapi disisir rapi.
ü  Rambutnya terbelah di tengah.
ü  Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
ü  Dadanya bidang dan selaras dengan perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih daripada biasa.
ü  Seimbang diantara kedua bahunya.
ü  Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dengan cantik.
ü  Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
ü  Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. Kakinya berisi tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
ü  Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
ü  Warna kulitnya tidak putih seperti kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
ü  Warna putihnya lebih banyak.
ü  Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
ü  Warna kulitnya putih tapi sihat.
ü  Kulitnya putih lagi bercahaya.
ü  Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
ü  Badannya tidak gemuk.
ü  Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
ü  Perutnya tidak buncit.
ü  Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada dikalangan orang ramai, Baginda kelihatan lebih tinggi dari mereka.

Kesimpulannya, Nabi Muhammad S.A.W. adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman. Semulia-mulia insan di dunia untuk mengingatkan kita.

Thursday, October 11, 2012

Renungan: Saat-saat kewafatan Rasulullah SAW


Rasulullah S.A.W adalah manusia agung yang paling ideal dan sebaik-sebaik contoh sepanjang zaman. Semulia-mulia di dunia. Untuk mengingatkan kita.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. “Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk. “Maafkanlah, ayahku sedang demam.” Kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, “Siapakah itu wahai anakku?” “Tak tahulah wahai ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya.” Tutur Fatimah lembut. Lalu Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. “Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut,” kata Rasulullah. Fatimah pun menahan ledakan tangisnya.

Malaikut maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibrail tidak ikut bersama menyertainya. Kemudian dipanggillah Jibrail yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. “Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah. “Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu.” Kata Jibaril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

“Engkau tidak senang mendengar khabar ini?” Tanya Jibrail lagi. “Khabarkan kepadakau bagaimana nasib umatku kelak?” “Jangan khuatir, wahai Rasulullah. Aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku, “Ku haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibrail.
Detik-detik semakin dekat , saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh,urat-urat lehrnya menegang. “Jibril, betapa SAKIT SAKARATUL MAUT ini.” Perlahan Rasulullah mengadu. Fatimah terpejam. Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. “Jijikkah kau melihatku hingga kau palingkan wajahmu Jibrail?” Tanya Rasulullah pada malaikat pengantar wahyu itu. “Siapakah yang sanggup melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibrail.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh kerana sakit yang tidak tertahan lagi. “Ya Allah, dahsyat nian maut ini. Timpakan saja semua  seksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.” Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan badannya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu. Ali segera mendekatkan telinganya. “Uushiikum bis-shalaati, wa maa malakat aimaanukum (peliharalah solat dan peliharalah orang yang lemah antara kamu).” Di luar, pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya. Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. “Ummatii, ummatii, ummatiii (umatku, umatku, umatku)!.”

 Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang member sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Selawat ke atas Rasulullah SAW yang tercinta dan paling dirindui. Betapa CINTAnya Rasulullah kepada kita.





Saturday, September 22, 2012

Ringkasan: Diet mengikut Sunnah Rasulullah SAW

Assalammualaikum.


Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Hari ni cuaca sejuk dan mendung. Dari batuk2,sekarang dah mula selsema rasa nak demam. Tapi takpelah,anggap sakit yg hadir adalah salah satu cara untuk menghapuskan dosa-dosa kecilku. Syukur padamu Ya Allah kerana masih beri peluang untukku bernafas dan berkongsi nukilan berilmu ku bersama pembaca-pembaca di sini.

Oklah, aku just nk share sedikit ringkasan tentang Diet mengikut Nabi junjungan kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Kenapa aku buat ringkasan je, cuz aku rasa ramai blogger yg lain telah menghuraikan lebih mendalam tentang ni, so aku buat je ringkasan yg boleh dikongsi dgn korang semua.

Ringkasan tentang Diet Rasulullah S.A.W

Mungkin dari carta kat atas ni ramai yang terkejut kenapa Rasulullah melarang kita makan kombinasi2 itu kan? Untuk details boleh search di blog yg lain. Paling best, koktel tak elok untuk perut. Huhu so lepas ni buat puding je la.

Satu yang buat aku tertarik selepas membaca pelbagai artikel tentang Diet Rasulullah ini ialah tentang JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM! Kenapa? Sebab tinggalkan makan malam adalah salah satu punca mempercepatkan proses penuaan dan kegemukan.Wow!! Selama ni kita telah dimomokkan oleh media barat bahawa kalau nak kuruskan badan, jangan ambil makan malam. Betul tak? Kat sini dah nampak sgt betapa halusnya dakyah mereka untuk pesongkan kita dari ajaran Rasulullah. 

Lepas tau semua ni,baru aku tau betapa kurangnya pendedahan tentang diet mengikut sunnah Rasulullah. Alhamdulillah syukur padaMu kerana memberi aku idea untuk mencari tentang artikel ini.Thanks jugak kpd blogger2 yg share maklumat berguna kepada warga maya.

Aku harap semoga dgn sedikit perkongsian ini, akan memberi manfaat kepada kita semua. Teruskan usaha menambah ilmu terutama untuk bekalan dunia dan akhirat.

Sorry tak larat nak cerita banyak2,hingus duk meleleh je ni.heee :)

P/s: Utk yg belum mengenali dan mencuba Pur Life, percayalah produk ini sgt bagus utk kesihatan. Buatan Malaysia, dapat pengesahan KKM dan yang paling penting ianya HALAL!

Call saya 0176293569 atau beli secara online disini