Showing posts with label kencing. Show all posts
Showing posts with label kencing. Show all posts

Tuesday, June 18, 2013

Hati2 ye cik abang - Sakit Belakang Boleh Sebabkan Mati Pucuk

Assalammualaikum & Salam Sejahtera,

Kali ni saya berkongsi bahan bacaan yang saya mengenai artikel di atas. Khas untuk kaum Adam, hati-hati jika anda mengalami sakit belakang yang kronik kerana ia boleh menyebabkan GANGGUAN pada fungsi SEKSUAL LELAKI!



Kalau abang2 ada simptom di bawah, bertindaklah segera ye sebelum terlambat:
  • Rasa sakit pada bahagian pinggang menjalar ke punggung, paha dan betis.
  • Kaki berasa lemah. Pada peringkat permulaan, ia lebih bersifat sementara - makan ubat & rehat,dah ok.
  • Peringkat kedua - sakit setiap hari secara konsisten walaupun dh makan ubat n berehat.
  • Apabila berlanjutan, ia menekan saraf sakrum seterusnye menjejaskan keupayaan seksual.
  • Ia juga menjejaskan fungsi pundi kencing menyebabkan pesakit gagal mengawal pembuangan air kecil dan juga besar.

Jadi, diharap dengan sedikit info ini dapat membantu tahap kesedaran anda untuk mencegah dari penyakit merbahaya ini. Ikhtiar sebelum terlewat sebab bila nak merawat, memang akan memakan kos yg tinggi.

Saturday, March 2, 2013

Masalah Prostat: Adakah anda salah seorang dari statistik?

Tahukah anda bahawa kanser prostat adalah penyakit yang semakin mendapat 'ranking' di Malaysia? Di dunia, no-3 dan di Malaysia, no.4. Saya pasti ramai lelaki di luar sana tidak mengambil kisah tentang kesihatan mereka. Tapi, bagaimana kalau ia benar-benar mencabar KELELAKIAN anda?


Prostat - Kelenjar seks lelaki yang saiznya sebesar biji walnut. Ia terletak di bawah pundi kencing, di pangkal zakar & di hadapan rektum. Berfungsi mengeluarkan sebahagian dari cecair dalam air mani lelaki.

Masalah prostat akan bermula apabila anda mempunayi masalah untuk membuang air kecil, antaranya:

1) Sukar untuk mengeluarkan air kencing
2) Sukar untuk menghentikan aliran air kencing
3) Mengambil masa sewaktu kencing kerana aliran air kencing lemah atau sering terhenti
4) Air kencing masih menitis walau selepas kencing
5) Kerap kencing di waktu siang
6) Sering bangun malam untuk kencing
7) Sering tergesa-gesa untuk kencing
8) Kencing tak puas
9) Sakit atau pedih sewaktu kencing
10) Keluar darah sewaktu kencing




Pada tahun 2008, sebanyak 29,000 kes telah dilaporkan di Asia Tenggara dan semakin meningkat dari tahun ke tahun. Sebabnya mudah, kerana orang LELAKI malu untuk menceritakan masalah mereka dan kurang kesedaran tentang bahaya penyakit ini terutama bila menjadi kanser. Dah terlewat kalau dah jadi macam tu!



Kesan dari masalah ini, pastinya anda akan berasa kurang keyakinan diri dari pelbagai sudut terutamanya dengan pasangan anda. Baru-baru ini saya mendapat sms luahan seorang isteri yang berusia 30an dan suaminya 20 tahun lebih tua. Beliau mengadu masalah hubungan kelamin  dengan suami beliau di mana kadang-kala tiada eraksi dan suami mengelak untuk melakukan hubungan kelamin dengan si isteri.


Adakah malu & tidak kisah anda boleh menyelamatkan hubungan anda? Jika tidak, ambil tindakan wajar sekarang. Testimoni Pak Ngah adalah contoh terbaik bagaimana Sur Exx dapat membantu mencegah dan merawat masalah prostat anda. Bertindaklah sebelum terlewat dan perlu rawatan dengan kos yang mahal.

Hubungi saya segera di 0176293569 @ BBM 22B8797E.

Sharing is caring. Caring is Loving.


Sunday, February 17, 2013

Testimoni TERKINI - Kencing dah lawas, tak bangun tengah malam!!

Assalammualaikum,

Pak Ngah bergambar dengan SurExx - Terbaik katanya. :)
Alhamdulillah, dengan izin Allah semakin banyak testimoni dari para pengguna PURLIFE & SUR-EXX di seluruh Malaysia.

Yang terbaru yang saya nak kongsikan kepada anda ialah mengenai En. Nawawi @ Pak Ngah.Beliau yang berusia 67 tahun dan masih bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah kilang di Setapak. Kami dipertemukan dengan sekeping flyers promosi produk PurLife & Sur-Exx yang beliau dapat.

Selanjutnya di bahagian TESTIMONI

Sunday, January 27, 2013

Hentikan Tabiat Kurang Minum Air & Tahan Kencing SEKARANG!!



Sanggup ke nak jadi camni?
Punca batu karang
Terbentuk kerana tabiat pemakanan dan kurang minum air


ZAMAN berubah, tetapi ada nasihat orang tua dulu-dulu yang masih berguna. Antaranya ialah jangan suka menahan kencing kerana ia boleh menyebabkan batu karang. Walaupun tiada bukti saintifik yang boleh menyokongnya, ia tidak boleh dipandang ringan kerana nasihat ini banyak manfaatnya.

Secara logiknya, apabila seseorang cuba menahan kencing, dia akan kurang minum. Jika kurang minum, air kencing menjadi pekat dan mengandungi banyak bahan yang boleh membentuk batu karang.

Masalah ini lebih ketara bagi penduduk negara yang panas seperti Malaysia, bekerja dalam persekitaran panas atau bersenam keterlaluan dan kurang minum menggantikan semula air yang hilang.

Batu karang terbentuk dalam buah pinggang. Di buah pinggang inilah berlakunya proses penapisan darah bagi menyingkirkan bahan yang tidak diperlukan badan melalui air kencing dan najis.

Daripada buah pinggang, air kencing dipindahkan ke pundi kencing melalui saluran ureter. Di sinilah air kencing disimpan sehingga ia dibuang daripada badan. Batu karang terbentuk apabila air kencing mengandungi banyak bahan, terutama kalsium, oksalat, asid urik dan sistein atau kekurangan bahan yang bertugas membantu mencegah pembentukan kristal seperti sitrat dan magnesium.

kehadiran batu karang boleh menjadi petanda buah pinggang mula mengalami kerosakan.Pesakit perlu mendapatkan rawatan segera supaya kerosakan buah pinggang dapat diperlahankan dan disusuli dengan penjagaan pemakanan serta mula bersenam bagi mengelakkan pembentukan batu karang berulang.

Biasanya batu karang menyebabkan rasa yang sangat sakit pada bahagian tepi perut. Bagaimanapun, ia tidak berlaku pada semua orang. Ada juga pesakit batu karang yang tidak mengalami tanda dan masalah mereka dikesan secara tidak sengaja iaitu apabila menjalani pemeriksaan kesihatan bagi tujuan lain.

Banyak punca boleh menyebabkan pembentukan batu karang, tetapi faktor utamanya ialah tabiat pemakanan dan kurang minum air. Batu karang biasanya terbentuk apabila air kencing menjadi terlalu pekat.

Ini menyebabkan mineral dalam air kencing termendak dan mula membentuk kristal. Lama kelamaan, kristal ini bergabung dan membentuk seketul batu yang keras.

Batu karang yang kecil boleh masuk ke pundi kencing tanpa mengakibatkan kerosakan. Pergerakan batu karang ini menyebabkan kesakitan pada bahagian belakang atau sisi di bawah tulang rusuk. Kesakitan akibat batu karang lebih memuncak apabila batu ini pecah dan terhenti bergerak.

Banyak faktor boleh mempengaruhi perubahan air kencing kita seperti keturunan, pemakanan, ubat, cuaca, gaya hidup dan masalah kesihatan. Semuanya memberi sumbangan tertentu kepada pembentukan batu karang.



Faktor risiko


Banyak faktor boleh menyumbang kepada pembentukan batu karang, antaranya:

Kurang air — Jika tidak cukup minum, terutama air masak, air kencing menjadi lebih pekat. Ini sebabnya individu yang kurang minum air lebih mudah mengalami masalah batu karang.

Sejarah keluarga atau sendiri — Masalah batu karang juga boleh disebabkan oleh faktor keturunan. Orang yang ada sejarah keluarga mempunyai batu karang berisiko mengalami masalah sama. Malah, individu yang pernah mendapat batu karang juga perlu lebih berhati-hati kerana masalah ini boleh berulang.

Umur — kebanyakan kes berlaku di kalangan umur 20 hingga 70 tahun.

Jantina — Lelaki lebih mudah mengalami masalah batu karang berbanding wanita.

Penyakit tertentu — Penyakit yang diwarisi seperti sistinuria (masalah penyerapan dan metabolisme asid amino menyebabkan asid amino sisteina terkumpul dalam darah dan membentuk batu karang). Bahkan, individu yang ada penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi juga berisiko mengalami batu karang. Selain itu, individu yang mengalami masalah hiperurisemia (kepekatan asid urik yang tinggi dalam darah) juga dinasihatkan lebih peka menjaga kesihatan.

Kesan sampingan ubat — Sesetengah ubat, contohnya ubat diuretik, boleh meningkatkan risiko pembentukan batu karang dalam keadaan tertentu.

Pemakanan — Pemakanan yang tinggi kandungan protein purin dan asid urik seperti organ dalaman (hati, jantung, limpa), daging merah, makanan laut bercangkerang (kerang, tiram) dan alkohol boleh meninggikan risiko mendapat batu karang. Pada masa sama, diet kurang serat (buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin) menyumbang kepada masalah ini.

Kurang bergerak — Individu yang kurang bergerak, jarang bersenam atau lama terlantar lebih berisiko tinggi. Ini kerana aktiviti fizikal yang terhad menyebabkan tulang mengeluarkan lebih kalsium ke dalam darah.

Masalah batu karang boleh dielakkan dengan mengamalkan pemakanan sihat dan minum banyak air. Pesakit yang pernah mengalami masalah ini dinasihatkan supaya mengurangkan pengambilan makanan yang kaya asid urik atau purin.

Batu karang adalah masalah kesihatan yang boleh dicegah dengan melakukan sedikit perubahan gaya hidup. Selain itu setiap orang juga disaran menjalani tiga ujian mudah, iaitu ujian air kencing dan darah serta pemeriksaan tekanan darah bagi memastikan buah pinggang dalam keadaan normal.

Ini kerana melalui tiga ujian berkenaan, perubahan fungsi atau kerosakan buah pinggang dapat dikesan pada peringkat awal dan boleh dirawat segera.

Jenis


Batu karang ada empat jenis yang ditentukan bahan atau puncanya iaitu:

> Batu kalsium — Jenis paling lazim. Batu kalsium biasanya membabitkan dua bahan, iaitu kalsium dan oksalat.

> Batu struvite — Berlaku lebih kerap pada wanita berbanding lelaki. Ia biasanya disebabkan jangkitan salur kencing kronik oleh bakteria yang menghasilkan enzim tertentu. Enzim ini meningkatkan kandungan ammonia dalam air kencing sehingga membentuk kristal struvite.

Batu asid urik — Batu ini terbentuk daripada asid urik, iaitu hasil sampingan daripada metabolisma protein.

> Batu sistein — Pembentukan batu karang jenis ini jarang berlaku. Ia biasanya berlaku di kalangan individu yang ada masalah genetik yang menyebabkan buah pinggang menghasilkan berlebihan asid amino tertentu.

Gejala


Sakit pada bahagian belakang badan dan sisi di bawah tulang rusuk. Bagaimanapun bukan semua kes mempunyai gejala, kecuali jika batu karang berkenaan besar sehingga menyekat saluran tertentu dan menyebabkan jangkitan. Rasa sakit ini datang dan pergi dalam masa antara lima hingga 15 minit.

> Apabila batu karang ini berpindah dari buah pinggang ke pundi kencing melalui tiub yang dipanggil ureter, pesakit mengalami rasa sakit pada abdomen bawah. Kesakitan ini terhenti apabila batu karang berhenti bergerak.

Air kencing berdarah.

Air kencing keruh dan berbau busuk.

Mual dan muntah.

Sentiasa terasa hendak kencing.

Demam dan menggigil (jika ada jangkitan).

Jika terbuka hati anda untuk mencegah & mengurangkan risiko, dapatkan SurExx segera kerana ia dapat membantu masalah batu karang anda. Hubungi saya sekarang di 0176293569 @ BBM 22B8797E.

Sumber:ipim.edu.my

Artikel akhbar: harian metro

Friday, December 21, 2012

Kandungan ajaib didalam Sur-Exx

Bagaimanakah kandungan dalam Sur-Exx ini boleh beri keajaiban kepada anda?


4) Ekstrak Tribulus


Tribulus merupakan tumbuhan yang menghasilkan buah-buahan yang ditutup dengan duri. Manusia menggunakan buah,daun & akar sebagai ubat untuk pelbagai penyakit.

Selanjutnya di Info Kesihatan Sur-Exx