|
Sanggup ke nak jadi camni?
Punca batu karang
Terbentuk kerana tabiat
pemakanan dan kurang minum air

ZAMAN
berubah, tetapi ada nasihat orang tua dulu-dulu yang masih berguna. Antaranya
ialah jangan suka menahan kencing kerana ia boleh menyebabkan batu karang.
Walaupun tiada bukti saintifik yang boleh menyokongnya, ia tidak boleh
dipandang ringan kerana nasihat ini banyak manfaatnya.
Secara
logiknya, apabila seseorang cuba menahan kencing, dia akan kurang minum. Jika
kurang minum, air kencing menjadi pekat dan mengandungi banyak bahan yang
boleh membentuk batu karang.
Masalah
ini lebih ketara bagi penduduk negara yang panas seperti Malaysia, bekerja
dalam persekitaran panas atau bersenam keterlaluan dan kurang minum
menggantikan semula air yang hilang.
Batu
karang terbentuk dalam buah pinggang. Di buah pinggang inilah berlakunya
proses penapisan darah bagi menyingkirkan bahan yang tidak diperlukan badan
melalui air kencing dan najis.
Daripada
buah pinggang, air kencing dipindahkan ke pundi kencing melalui saluran
ureter. Di sinilah air kencing disimpan sehingga ia dibuang daripada badan.
Batu karang terbentuk apabila air kencing mengandungi banyak bahan, terutama
kalsium, oksalat, asid urik dan sistein atau kekurangan bahan yang bertugas
membantu mencegah pembentukan kristal seperti sitrat dan magnesium.
kehadiran
batu karang boleh menjadi petanda buah pinggang mula mengalami
kerosakan.Pesakit perlu mendapatkan rawatan segera supaya kerosakan buah
pinggang dapat diperlahankan dan disusuli dengan penjagaan pemakanan serta
mula bersenam bagi mengelakkan pembentukan batu karang berulang.
Biasanya
batu karang menyebabkan rasa yang sangat sakit pada bahagian tepi perut.
Bagaimanapun, ia tidak berlaku pada semua orang. Ada juga pesakit batu karang
yang tidak mengalami tanda dan masalah mereka dikesan secara tidak sengaja
iaitu apabila menjalani pemeriksaan kesihatan bagi tujuan lain.
Banyak
punca boleh menyebabkan pembentukan batu karang, tetapi faktor utamanya ialah
tabiat pemakanan dan kurang minum air. Batu karang biasanya terbentuk apabila
air kencing menjadi terlalu pekat.
Ini
menyebabkan mineral dalam air kencing termendak dan mula membentuk kristal.
Lama kelamaan, kristal ini bergabung dan membentuk seketul batu yang keras.
Batu
karang yang kecil boleh masuk ke pundi kencing tanpa mengakibatkan kerosakan.
Pergerakan batu karang ini menyebabkan kesakitan pada bahagian belakang atau
sisi di bawah tulang rusuk. Kesakitan akibat batu karang lebih memuncak
apabila batu ini pecah dan terhenti bergerak.
Banyak
faktor boleh mempengaruhi perubahan air kencing kita seperti keturunan,
pemakanan, ubat, cuaca, gaya hidup dan masalah kesihatan. Semuanya memberi
sumbangan tertentu kepada pembentukan batu karang.
Faktor risiko

Banyak
faktor boleh menyumbang kepada pembentukan batu karang, antaranya:
Kurang air — Jika tidak cukup minum, terutama air masak,
air kencing menjadi lebih pekat. Ini sebabnya individu yang kurang minum air
lebih mudah mengalami masalah batu karang.
Sejarah keluarga atau sendiri — Masalah batu karang
juga boleh disebabkan oleh faktor keturunan. Orang yang ada sejarah keluarga
mempunyai batu karang berisiko mengalami masalah sama. Malah, individu yang
pernah mendapat batu karang juga perlu lebih berhati-hati kerana masalah ini
boleh berulang.
Umur — kebanyakan kes berlaku di kalangan umur 20 hingga
70 tahun.
Jantina — Lelaki lebih mudah mengalami masalah
batu karang berbanding wanita.
Penyakit tertentu — Penyakit yang diwarisi seperti
sistinuria (masalah penyerapan dan metabolisme asid amino menyebabkan asid
amino sisteina terkumpul dalam darah dan membentuk batu karang). Bahkan,
individu yang ada penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi juga
berisiko mengalami batu karang. Selain itu, individu yang mengalami masalah
hiperurisemia (kepekatan asid urik yang tinggi dalam darah) juga dinasihatkan
lebih peka menjaga kesihatan.
Kesan sampingan ubat — Sesetengah ubat, contohnya ubat
diuretik, boleh meningkatkan risiko pembentukan batu karang dalam keadaan
tertentu.
Pemakanan — Pemakanan yang tinggi kandungan
protein purin dan asid urik seperti organ dalaman (hati, jantung, limpa),
daging merah, makanan laut bercangkerang (kerang, tiram) dan alkohol boleh
meninggikan risiko mendapat batu karang. Pada masa sama, diet kurang serat
(buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin) menyumbang kepada masalah ini.
Kurang bergerak — Individu yang kurang bergerak, jarang
bersenam atau lama terlantar lebih berisiko tinggi. Ini kerana aktiviti
fizikal yang terhad menyebabkan tulang mengeluarkan lebih kalsium ke dalam
darah.
Masalah
batu karang boleh dielakkan dengan mengamalkan pemakanan sihat dan minum
banyak air. Pesakit yang pernah mengalami masalah ini dinasihatkan supaya
mengurangkan pengambilan makanan yang kaya asid urik atau purin.
Batu
karang adalah masalah kesihatan yang boleh dicegah dengan melakukan sedikit
perubahan gaya hidup. Selain itu setiap orang juga disaran menjalani tiga
ujian mudah, iaitu ujian air kencing dan darah serta pemeriksaan tekanan
darah bagi memastikan buah pinggang dalam keadaan normal.
Ini
kerana melalui tiga ujian berkenaan, perubahan fungsi atau kerosakan buah
pinggang dapat dikesan pada peringkat awal dan boleh dirawat segera.
Jenis

Batu
karang ada empat jenis yang ditentukan bahan atau puncanya iaitu:
> Batu kalsium — Jenis paling lazim. Batu
kalsium biasanya membabitkan dua bahan, iaitu kalsium dan oksalat.
> Batu struvite — Berlaku lebih kerap
pada wanita berbanding lelaki. Ia biasanya disebabkan jangkitan salur kencing
kronik oleh bakteria yang menghasilkan enzim tertentu. Enzim ini meningkatkan
kandungan ammonia dalam air kencing sehingga membentuk kristal struvite.
> Batu asid urik — Batu ini terbentuk
daripada asid urik, iaitu hasil sampingan daripada metabolisma protein.
> Batu sistein — Pembentukan batu
karang jenis ini jarang berlaku. Ia biasanya berlaku di kalangan individu
yang ada masalah genetik yang menyebabkan buah pinggang menghasilkan
berlebihan asid amino tertentu.
Gejala
Sakit
pada bahagian belakang badan dan sisi di bawah tulang rusuk. Bagaimanapun
bukan semua kes mempunyai gejala, kecuali jika batu karang berkenaan besar
sehingga menyekat saluran tertentu dan menyebabkan jangkitan. Rasa sakit ini
datang dan pergi dalam masa antara lima hingga 15 minit.
>
Apabila batu karang ini berpindah dari buah pinggang ke pundi kencing melalui
tiub yang dipanggil ureter, pesakit mengalami rasa sakit
pada abdomen bawah.
Kesakitan ini terhenti apabila batu karang berhenti bergerak.
> Air kencing berdarah.
> Air kencing keruh
dan berbau busuk.
> Mual dan muntah.
> Sentiasa terasa
hendak kencing.
> Demam dan menggigil
(jika ada jangkitan).
Jika terbuka hati anda untuk mencegah & mengurangkan risiko, dapatkan SurExx segera kerana ia dapat membantu masalah batu karang anda. Hubungi saya sekarang di 0176293569 @ BBM 22B8797E.
Sumber:ipim.edu.my
|