Showing posts with label tulang. Show all posts
Showing posts with label tulang. Show all posts

Tuesday, June 18, 2013

Hati2 ye cik abang - Sakit Belakang Boleh Sebabkan Mati Pucuk

Assalammualaikum & Salam Sejahtera,

Kali ni saya berkongsi bahan bacaan yang saya mengenai artikel di atas. Khas untuk kaum Adam, hati-hati jika anda mengalami sakit belakang yang kronik kerana ia boleh menyebabkan GANGGUAN pada fungsi SEKSUAL LELAKI!



Kalau abang2 ada simptom di bawah, bertindaklah segera ye sebelum terlambat:
  • Rasa sakit pada bahagian pinggang menjalar ke punggung, paha dan betis.
  • Kaki berasa lemah. Pada peringkat permulaan, ia lebih bersifat sementara - makan ubat & rehat,dah ok.
  • Peringkat kedua - sakit setiap hari secara konsisten walaupun dh makan ubat n berehat.
  • Apabila berlanjutan, ia menekan saraf sakrum seterusnye menjejaskan keupayaan seksual.
  • Ia juga menjejaskan fungsi pundi kencing menyebabkan pesakit gagal mengawal pembuangan air kecil dan juga besar.

Jadi, diharap dengan sedikit info ini dapat membantu tahap kesedaran anda untuk mencegah dari penyakit merbahaya ini. Ikhtiar sebelum terlewat sebab bila nak merawat, memang akan memakan kos yg tinggi.

Monday, April 29, 2013

PELBAGAI TESTIMONI HEBAT HARI DEMI HARI!!


PELBAGAI TESTIMONI HEBAT HARI DEMI HARI!!



Terbukti semakin menunjukkan belang. Purlife & SurExx telah banyak membawa sinar baru kepada mereka yg telah mencuba dan percaya keberkesanannya! Yakinilah produk tempatan dan anda pasti teruja. Jadilah sebahagian daripada testimoni kami hari ini!
Dapatkan PurLife & SurExx dengan klik di sini!

Monday, March 18, 2013

Duduk Lama - Mengundang Pelbagai Penyakit terutama Sakit Tulang Belakang!



Assalammualaikum w.b.t.

Ini adalah petikan info kesihatan dari Utusan Malaysia yg ingin saya kongsikan bersama para pembaca. Sangat informatif kerana saya salah seorang pesakit tulang belakang dahulu. Tapi selepas menggunakan Purlife lebih dari 6 bulan, Alhamdulillah kini kesihatan tulang belakang saya lebih baik. Selamat membaca!! :)


ADA ketikanya kesakitan itu hadir seumpama tikaman mata pisau. Ataupun rasa sengal yang berpanjangan atau berulang-ulang di bahagian belakang tubuh. Ia amat meresahkan kita, khususnya apabila bekerja dalam keadaan duduk yang lama.

Anda mungkin menganggap kerusi atau sofa yang anda duduk itu sebagai tempat berehat tetapi bertukar sebaliknya apabila anda berasa sakit, letih dan stres.

Di pejabat, anda mungkin menghabiskan masa sehingga 10 jam duduk di hadapan komputer menyiapkan kerja. Itu belum lagi ditambah masa di dalam kereta jika tersangkut dalam kesesakan lalu lintas.
Di rumah pula, anda akan menonton rancangan televisyen kesukaan untuk tempoh dua jam. Ada pula yang duduk membaca buku kegemaran berjam-jam. Bayangkan dalam sehari anda duduk hampir 15 jam.
Tahukah anda duduk terlalu lama bukan sahaja menyebabkan tulang belakang anda mengalami masalah tetapi boleh meningkatkan risiko kematian?

Kajian yang dilakukan American Journal of Epidemiology mendapati duduk terlalu lama boleh meningkatkan risiko sakit belakang, atritis, obesiti, kerosakan postur badan, tekanan darah rendah dan penyakit jantung.
Dalam pada itu, sekumpulan penyelidik Australia mendapati individu yang menghabiskan masa selama 11 jam dengan duduk boleh meningkatkan risiko kematian sehingga 15 peratus.

Secara puratanya, individu dewasa menghabiskan 90 peratus waktu lapang mereka dengan duduk dan kurang separuh memenuhi saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) supaya melakukan aktiviti fizikal sederhana selama sekurang-kurangnya 150 minit setiap minggu.

Mereka yang tidak aktif atau duduk terlalu lama boleh menggandakan risiko kematian awal dalam tempoh tiga tahun berbanding mereka yang kurang duduk .
Sakit belakangPakar Perunding Pembedahan Ortopedik Tulang Belakang Pusat Perubatan Pakar Sri Kota Klang, Dr. John Ooi Tzen Chuong memberitahu, sakit belakang adalah kesan yang selalu dihadapi oleh mereka yang duduk terlalu lama.
Tambah Dr. John, kebanyakan kes sakit belakang di Malaysia berpunca daripada kerja yang memerlukan duduk terlalu lama seperti pemandu teksi, lori dan bas.
"Kebanyakan golongan ini mengadu sakit belakang dan saya mendapati mereka bekerja dengan cara duduk (memandu) dalam tempoh yang terlalu lama," ujarnya.

Katanya, 90 peratus sakit tulang belakang berpunca daripada kecederaan pada otot rangka yang kronik disebabkan tabiat posisi, ergonomik dan biomekanik.
Misalnya, sakit otot berpunca daripada postur duduk tidak betul dalam tempoh yang lama. Akibatnya, otot pada bahagian belakang berasa sakit disebabkan tekanan.

Bagi mereka yang bekerja di pejabat, keadaan kerusi dan meja perlu sesuai iaitu jangan terlalu rendah dan tinggi.
Sebaik-baiknya, mereka yang bekerja di pejabat mengambil inisiatif seperti melakukan regangan atau berdiri setiap dua jam.
"Kita boleh melakukan senaman ringan untuk kelegaan otot khususnya bahagian belakang. Pekerja-pekerja juga perlu diberi meja dan kerusi yang sesuai dengan ketinggian mereka ketika duduk.
Jika anda duduk terlalu rendah, tulang belakang akan membongkok, sebaliknya jika terlalu tinggi tulang belakang akan terlalu tegang. Sakit belakang yang teruk boleh membawa kepada masalah diska tergelincir," ujarnya.

Diska tergelincir adalah satu masalah kecederaan pada tulang lembut atau diska yang juga dikenali sebagai diska intervertebral.
Menurut Dr. John, masalah ini kerap berlaku pada peringkat umur 30 hingga 50 tahun dan mereka yang memandu lama (bekerja sebagai pemandu), perokok dan mereka yang obes.
Tambah beliau, bengkak pada diska akan menekan urat saraf di belakang. Keadaan menjadi lebih serius apabila ia pecah menyebabkan isinya atau nucleus polposus keluar dan menekan urat saraf. Ini menyebabkan sakit belakang teramat sangat apabila duduk lama.

Dr. John menjelaskan, rawatan sakit belakang termasuk masalah diska tergelincir bergantung kepada tahap kecederaannya seperti rehat sepenuhnya dengan berbaring untuk mengurangkan tekanan pada diska intervertebral.
Lain-lain termasuklah ubat-ubatan dan fisioterapi serta pembedahan untuk kes-kes yang teruk ataupun tidak pulih selepas dirawat.
Walaupun ada rawatan bagi sakit belakang, Dr. John menasihatkan agar orang ramai mengelak masalah ini dengan melakukan senaman, mendapatkan berat badan ideal dan berhenti merokok.

Obesiti dan penyakit lain kenapa dikatakan duduk terlalu lama dikaitkan dengan mereka yang mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti? Keadaan ini disebabkan mereka yang duduk lama dikaitkan dengan mereka yang tidak aktif.
Maknanya, tiada proses pembakaran lemak yang berlaku dan akan mengakibatkan peningkatan tahap kolesterol di dalam tubuh mereka.

Bayangkan selepas anda makan tengahari sama ada di rumah atau pejabat, anda akan berehat dengan duduk di hadapan televisyen atau menghadap semula komputer menghabiskan kerja.
Seperti yang diketahui umum, obesiti adalah punca penyakit lain seperti sakit jantung dan tekanan darah tinggi dan angin ahmar.

Oleh itu, Dr. John menggalakkan orang ramai mendapatkan berat badan ideal dengan melakukan senaman.
Katanya, masalah-masalah kesihatan akibat duduk terlalu lama boleh menyebabkan kurangnya produktiviti kerja kerana pekerja mula mengambil cuti sakit.
"Kadang-kadang kita tak dapat menghindar duduk terlalu lama kerana kerja kita memerlukan kita untuk duduk dalam kadar yang lama seperti pemandu bas ekspres atau lori, mahupun pekerja pejabat yang perlu menyiapkan tugasan yang banyak. Justeru, untuk mengurangkan risiko mendapat kesan sampingan, ambil peluang berehat seketika dan melakukan senaman kecil dengan menggerakkan sendi dan otot.
"Rasanya tidak ada masalah jika anda berehat atau bersenam lima hingga 10 minit," katanya.


Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130317/kn_01/Mengundang-pelbagai-penyakit#ixzz2NsZBcRV6
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Info berkaitan :Genap Setahun Aku dan Sakit Tulang Belakanghttp://purlife4u.blogspot.com/2012/09/what-is-spinal-disc-herniation-aka.html

Saturday, September 15, 2012

Genap setahun aku dan sakit tulang belakang


Bbq raya di Segamat.Walaupun sakit tapi tetap layan Bbq
Sedar tak sedar dah setahun aku disahkan menghidapi sakit tulang belakang. Bermula dari sakit belakang yang biasa-biasa sehinggalah pada minggu yang kedua sakit belakang tu semakin teruk.Paling best, sakit tu makin kronik sewaktu pulang ke kampung suami untuk beraya.Pada waktu tu,memang dah tak dapat nak membantu persiapan menjelang hari raya.Aku terus ke Hospital Tampin untuk mendapatkan rawatan. Pada hari tu, yang melayan aku hanya seorang MA yang dalam ‘mood’ raya.Tanpa check betul2,terus dia kata aku salah urat dan terus bagi aku ubat painkiller.Memang teruji kesabaran aku hari tu.Menjelang esok, sakit belakang tu makin terasa.Aku pergi balik ke hospital yang sama.Tapi kali ni, aku terus kata nak jumpa Doktor.Selepas membuat pemeriksaan pertama,aku perlu buat X-Ray.Namun, keputusannya amat mengecewakan kerana tiada apa-apa keganjilan yang nampak di tulang belakangku.Namun aku dibekalkan dengan sekeping surat rujukan dari Doktor tersebut dimana dia berkata jika sakit belakang tu semakin sakit,terus rujuk kemana-mana hospital berdekatan untuk pemeriksaan lanjut. Kesimpulannya pada raya tahun lepas,aku beraya dalam kesakitan.

Disc herniation L4-L5 - result MRI aku lebih kurang macam ni la rupanya
Masuk je ofis lepas raya, aku bagitau kawan aku pasal sakit belakang aku.Dia nasihatkan aku supaya pergi terus ke hospital panel untuk buat pemeriksaan lanjut.Kata dia, kawan dia pernah alami sakit yang sama macam aku,tapi akibat tak endah, kawan dia tu dah lumpuh.Dengar perkataan tu je, aku dah seram sejuk.Lepas balik keje hari tu jugak aku terus ajak husband aku pergi ke hospital berbekalkan surat tadi.Pada waktu yang sama,sakit belakang aku memang tak boleh nak ditahan lagi.Rupanya ramalanku benar belaka haha macam lagu Ukays tu,aku ditahan di wad untuk berjumpa dengan doktor pakar.Setelah diperiksa dan menjalani MRI, barulah aku tau yang aku kena sakit tulang belakang di bahagian L4-L5 (kat area tulang pinggul).Ternganga jap la aku dibuatnya masa tu.Terus aku teringat kisah 10 tahun lalu sewaktu di matrikulasi di mana aku terjatuh di bilik air asrama.Waktu tu kat S.Alam.Pakcik aku,Uncle Rahmat tolong bawa aku ke DMC untuk rawatan.Aku kena refer kat Ortopedik HKL.Waktu tu arwah ayah aku masih bekerja di sana.Dia teman aku untuk jumpa doktor pakar.Bila buat X-Ray,nampakla ada kesan retakan dibahagian tulang belakang aku.Nasib la masa tu tak kena simen satu badan kalau tak, dah rupa Terminator la aku.Tapi doktor pakar tu ada nasihat,katanya dalam jangkamasa 10 tahun selalunya aku akan rasa kesan sampingan sebab faktor umur, melahirkan,aktiviti harian dan sebagainya. Aku pulak memang tak lekang dengan main netball dan futsal.Rupa-rupanya, inilah kesannya selepas 10 tahun. Doktor menjelaskan lebih terperinci tentang keputusan MRI dan rawatan yang aku harus jalani.Syukurla tahap sakit belakang aku tu tak perlu untuk rawatan secara pembedahan.Tinggi risikonya tu.Aku dinasihatkan untuk menjalani rawatan suntikan epidural ‘cortisone’. Bahasa senang, suntikan steroid untuk tahan sakit. Kena cucuk kat tulang pinggul,jarum dia besar.Hahaha…
Aku berkampung di hospital selama seminggu dan diberi cuti sakit selama 6 minggu.Kena buat rawatan fisio setiap minggu sampaila coverage insurans aku habis.


Akak aku datang melawat masa kat wad.Ni sebelum treatment  buat suntikan

Setelah setahun melalui, sakit ni masih lagi terasa sekali sekala terutama bila duduk lama di ofis,angkat benda berat walaupun dukung anak aku,Dah lama aku tak buat fisio tapi aku cuba sebaik mungkin untuk kawal diet harian aku.Alhamdulillah, selepas dipertemukan dengan Pur Life, aku yakin dengan kandungan bahannya yang semulajadi membantu untuk menyembuhkan sakit belakang, Insyallah sikit masa lagi,aku akan bebas dari sakit ini.Yang penting usaha dan tawakal untuk pulih. Aku nasihatkan untuk para pembaca sentiasa jaga postur badan anda sewaktu melakukan aktiviti harian, makan ikut diet yang betul, jangan obes dan untuk yang bekerja di pejabat, anda memang berpotensi besar untuk dapat sakit ni (macam doktor bagitau) aku kerana kita duduk waktu yang lama.jadi,jangan lupa buat senaman ok.
Mesti korang nak tau apa sebenarnya sakit tulang belakang ni kan? Oklah, aku akan korek fakta sikit untuk perkongsian ilmu bersama tapi dalam English la ye.takut bila translate kang jadi lain pulak.