Monday, October 8, 2012

Resipi Kari Kepala Ikan Shah Jahan kepada Mumtaznya :D

Kari Kepala Ikan - Gambar Hiasan
Assalammualaikum & salam sejahtera.
Kali ni aku nak kongsi resipi yang biasa kita masak kat rumah,bagi yang biasa masaklah.Bagi yang jarang-jarang tu,yang korang biasa makan kat restoran mamak yang boleh mencecah berpuluh2 ringgit tu.heee

Sebelum tu,mesti ada yang terdetik atau tergelak kecil bila tengok nama resipi aku ni kan?Actually aku saja letak nama tu kerana bila masak ni especially yang bergelar isteri dan ibu, masak tu satu ibadah dan bila kita buat dengan ikhlas dan sepenuh kasih sayang,masakan tu pasti sedap.

Jujurlah, sape yang tak rindu masakan ibu dia sendiri?Cuba compare sambal ikan bilis kat kedai dengan mak korang masak.agak2 mana yg korang terkenang?Sure sambal yang mak kite buatkan? Sebab tu lah aku letak title camtu,maknanya lambang kasih sayang kite yang tak terhingga kepada seseorang.Wah jiwang pulak aku malam ni. 

Oklah kang banyak celoteh, boleh jadi chef wan pulak aku. :D

Bahan2:
Kepala ikan (Jenahak/Tenggiri/Merah/etc) anggaran dalam 600gm
Sepeket serbuk kari ikan (aku pakai jenama Adabi - promote free)
1 sudu kecil halba campuran
Sedikit asam jawa dibancuh dengan sedikit air.
Garam secukup rasa
Sayur bendi, terung, tomato
Sedikit daun kari
Bawang besar sebiji / bawang merah 7biji
Bawang putih 3biji
Sedikit pati ikan bilis.
Santan sepeket sederhana (150ml)

Cara2
Bersihkan kepala ikan (jangan guna sabun lak)
Hiris @ tumbuk bawang besar/merah & bawang putih
Panaskan minyak sedikit cukup untuk menumis
Masukkan bawang2 tadi. Bila naik bau wangi, letak halba campuran tadi.
Tuang bancuhan serbuk kari (paste) kedalam kuali.
Letak sedikit garam, daun kari dan pati ikan bilis.
Masukkan asam jawa bila nampak tumisan tadi dah sedikit garing
Biarkan sebentar sehingga mesra.Api jangan besar tau.Biar sederhana.
Masukkan santan dan kacau sehingga sedikit mendidih
Masukkan ikan biarkan sebentar dalam 10 minit.
Masukkan semua sayur bila ikan dah nampak nak masak.
Hidangkan sewaktu panas.

Masak pun kena feel, jadi masaklah dengan hati yang senang.Insyallah pasti sedap. Yang paling penting, walaupun sedap mana masakan tadi, kita harus kawal pemakanan kita ye. Masakan bersantan memang sedap tapi janganlah terlalu kerap. 

Insyallah jika korang dah mula guna Pur Life, selera makan korang akan terkawal.Itulah yang sekarang aku rasa.Boleh makan tapi tak perlu risau kerana memang takkan makan banyak dan rasa kenyang.Badan akan rasa sihat, perut tak sebu dan berat badan makin ok. Selamat mencuba. :) 



No comments:

Post a Comment