Penyakit migraine adalah sejenis sakit kepala yang amat menyakitkan. Orang yang kena serangan migraine sering mengadu sakit yang berdenyut-denyut di sebelah bahagian kepala. Mereka juga tidak suka kepada cahaya dan bunyi bising. Kadang-kala mereka merasa loya dan muntah-muntah. Mereka juga boleh mengetahui mereka terkena migraine jika mereka nampak kerlipan cahaya, garis-garis bersilang atau hilang pandangan buat sementara.
Dari segi perubatan, migraine terjadi disebabkan oleh pembesaran saluran darah (vasodilatation) yang menyebabkan pelepasan bahan kimia daripada gentian saraf yang melilit arteri besar otak. Bahan kimia ini menyebabkan keradangan, kesakitan, dan pembesaran arteri. Pembesaran arteri menambahkan kesakitan.
Simptom-simptom Migraine
Cortical spreading depression |
Ø Denyut sengit yang berkumpul di satu bahagian, biasanya di dahi, sekitar mata atau di belakang kepala.
Ø Biasanya uni-lateral (satu sisi kepala) walaupun adakalanya bi-lateral (kedua-dua belah kepala).
Ø Sakit kepala unilateral biasanya menukar sisi serangan, jika kerap berlaku di tempat yang sama, dapatkan pemeriksaan untuk pertimbangkan sakit lain seperti tumor otak.
Ø Petanda biasa seperti loya, muntah-muntah, cirit-birit, muka pucat, tangan sejuk, kaki sejuk dan penambahan sensitiviti kepada cahaya dan bunyi.
Ø Sakit mungkin berlangsung antara 4 hingga 72 jam.
Ø Petanda amaran termasuk mengantuk, cepat marah, keletihan, kemurungan, keinginan benda manis atau masin.
Saya cepat marah = migrain |
Jenis-jenis Migraine
1. Migrain dengan aura – migrain jenis ini datang dengan aura tertentu yang mungkin menglibatkan penglihatan, pendengaran, halusinasi, rasa yang tidak sedap atau bau. Aura juga boleh dirasa tanpa sakit kepala. Terdapat beberapa jenis dalam kategori ini termasuk yang diwarisi (familial hemiplegic migraine), migrain sporadic dan migrain basilar yang mana diikuti dengan masalah ketika bercakap, kesukaran berdiri tegang atau terdengar bunyi di dalam telinga
2. Migrain tanpa aura – migrain jenis biasa tanpa diikuti dengan aura
3. Migrain retinal – migrain disertai dengan masalah penglihatan
Kenali Pencetus Migrain
Sekiranya anda seorang penghidap migrain, elakkan beberapa pencetus migrain seperti;
v Tekanan
v Gangguan tidur atau tidur berlebihan
v Berlapar untuk 1 jangka masa yang lama
v Bau yang menusuk
v Merokok
v Alkohol
v Makanan seperti keju, coklat, tinggi monosidium glutamate (MSG), nitrat, aspartame
v Kafein
v Cahaya terlalu terang
Mudah untuk para pesakit mereka perlu mengambil ubat untuk mengurangkan rasa sakit kepala atau migraine ini. Paling penting haruslah mempunyai preskripsi Doktor. Namun, apa yang ingin saya kongsikan di sini ialah, tahukah anda bahawa pengambilan ubat migraine berterusan boleh mendatangkan kesan sampingan yang membahayakan jika ia tidak dibendung? Contohnya:
- Ubat penahan sakit bagi merawat serangan migraine NSAID (non-steroidal anti-inflammatory drugs) seperti Ponstan, Voltaren, Synflex,Indocid dll. Ianya tidak begitu sesuai jika diamalkan berterusan kerana dikhuatiri akan menyebabkan gastritis, ulser perut dan boleh memudaratkan fungsi BUAH PINGGANG! Juga menyebabkan pedih ulu hati, cepat berasa lapar, letih, loya, nafas tidak lepas iaitu tanda-tanda awal gastritis atau radang perut. Jadi, untuk mengurangkan risiko, ubat-ubatan ini perlu diambil selepas makan.
- Cafergot – ubat yang sinonim dengan pesakit migraine. Ia mengandungi ergoatamine iaitu bahan utama untuk merawat migraine dan juga caffeine. Cafergot bertindak untuk mengecutkan saluran darah dan melegakan sakit kepala. Caffeine pula membantu penyerapan ergotamine dengan pantas dan mengecutkan saluran darah. Ia perlu diambil dengan nasihat doctor. Jika mengambil dos berlebihan, pesakit akan merasa sakit dada, degupan jantung yang laju dan peningkatan tekanan darah. Jadi, untuk pesakit migraine yang mempunyai sejarah sakit jantung dan darah tinggi, pengambilan cafergot AMAT MERBAHAYA. Pesakit juga boleh merasa loya muntah, rasa lemah badan dan tidak bertenaga.
Kerosakan buah pinggang |
Gastritis |
Saya ingin berkongsi bahawa intipati di dalam Pur Life dapat membantu untuk merawat penyakit migraine anda. Anda kenali sendiri kandungan tersebut dan anda akan faham maksud saya. Ini kerana fungsi setiap kandungan dalam Pur Life adalah membantu membina semula sel,otot,metabolism,DNA dalam badan kita. Tak salah jika mencuba kerana Pur Life telah disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan semestinya buatan Malaysia!
Call/sms 0176293569 untuk tempahan; atau
No comments:
Post a Comment