Monday, October 1, 2012

Jangan stress, nanti cepat tua - tips hilangkan stress menurut Islam


Adakah anda mengalami salah satu daripada masalah kesihatan di dalam gambarajah ini?


Jika ya, dah confirm anda mengalami stress. Boleh katakan semua orang dah tahu apa itu stress dan bagaimana ia berlaku. 

Punca sebenar stress ini adalah pelbagai antaranya disebabkan oleh tekanan peribadi contohnya terlampau risau tentang masalah berat badan, masalah keluarga, masalah rumahtangga. Bagi yang bekerjaya stress boleh hadir disebabkan oleh tekanan kerja yang banyak, persekitaran tempat kerja yang tidak kondusif serta lain-lain. Juga faktor luaran seperti faktor keselamatan, persekitaran yang negative serta gangguan-gangguan yang tidak diundang.




Kesan stress yang negatif biasanya ialah kemudaratan kepada tahap kesihatan kita. Ini kerana bila kita stress, sistem kitaran dalam badan kita akan terganggu dan menyebabkan timbulnya pelbagai punca penyakit.

Dari segi Islam, jika kita benar-benar berpegang kepada prinsip yang amat mudah ini Insyallah kita dapatkan mengurangkan stress dalam kehidupan kita. Ini kerana dengan desakan serta cabaran hidup hari ini, kita mudah alpa atau terleka untuk mengamalkan prinsip ini, termasuklah saya. 

Prinsip mudah ini ialah:
  • Amalkan prinsip usaha, doa, tawakal dan redha
  •  Sentiasa bersikap positif dan fokus dengan apa yang kita lakukan
  • Yakin dengan qada’ & qadar sama ada hasilnya baik atau buruk kerana itu semua dari Allah SWT

Dari segi amalan harian, tips ini bolehlah diamalkan untuk megurangkan stress/tekanan hidup:

  • Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
  • Perbanyakkan membaca Al-Qur’an
  • Banyakkan Solat Sunat
  • Selalu berdoa kepada Allah
  • Bersangka baik dengan Allah
  • Lakukan aktiviti riadah seperti bersukan
  • Amalkan diet dengan disiplin yang kuat
  • Menangis sepuas hati
  • Hargai kebolehan diri sendiri
  • CINTAI DIRI SENDIRI
  • Sentiasa SENYUM 
Nukilan ini cuma untuk berkongsi serta peringatan kepada diri saya sendiri. Jadi sama-samalah kita mengurangkan stress dan amalkan hidup sihat bersama insan tersayang. :)

Tips dari KKM


No comments:

Post a Comment