Thursday, November 8, 2012

C.I.N.T.A. di Pulau Pinang - Cuti & PurLife bawaku ke sini

Assalammualaikum & Salam Sejahtera. 

Huh..baru ni la dapat nak meng'update' blog setelah mengharungi minggu yang sibuk, 'upsidedown'. Alhamdulillah Allah masih beri kesempatan dan rahmat untuk aku berkongsi cerita dan pengalaman aku dan PurLife untuk tatapan korang.

Peace!! We're in Penang..finally.hehe
Oklah, dipendekkan intro aku & famili tiba di Bt.Feringgi lebih kurang jam 3pg hari Sabtu lepas. Sepanjang perjalanan dari KL pd jam 10mlm, aku & hubby tengok 4 kemalangan di highway ke arah utara. Seram gak rasa sebab kitorang ni orang selatan, jadi jalan ke utara agak asing bagi kami. Ditambah pula dengan keadaan cuaca sekarang yang hujan berterusan, jalan licin, aku hanya berdoa semoga Allah selamatkan perjalanan kami pergi dan pulang.

Waktu baru sampai,tengah prepare apa yg patut.
Kami sempat tido2 ayam dalam beberapa jam je sebab dah ada aktiviti ke pantai untuk mandi-manda & BBQ (yg patutnya buat malam tu tp postponed sebab kitorg sampai lambat). Subhanallah, cantik sungguh pantai di sini sewaktu air pasang dengan air yg biru kehijauan. Dengan berbekalkan ayam,kambing & hotdog utk BBQ memang tak terasa lepak kat pantai tu sampai tengahari..mandi..makan..mandi..makan..BBQ tu boleh bawak sampai ke breakfast.pehhh..Pelbagai aksi menarik dekat area pantai ni yang boleh post kat dalam memori kami sahaja kerana ia privacy,memang tergelak2 je keje kami.Tapi yg paling buat aku happy adalah aku capai goal setting aku bulan ni untuk bawa anak2 aku berjalan makan angin.Syukur padamu Ya Allah! Riak gembira di wajah anak2 ni dah puas membuat aku senang hati. :)

Pn.Norli & Cik Ina bersama pasangan pelanggan PurLife dari Penang
Dah nama pun bercuti sambil bekerja, Walaupun santai tapi aku tetap dengan tugasan,tanggungjawab & semangat untuk mempromosikan PurLife kepada warga P.Pinang. Promosi online sempat buat sewaktu di KL je. Di sini kami turun padang memberi risalah kepada orang ramai mengenai PurLife juga mengajak mereka untuk hadir ke roadshow Joowaal pada hari esok. Orang Penang memang sporting, respond pun ramai yang positif. Sempat juga ajak Pn.Zara (antara pengguna terawal PurLife - dari blog) tapi beliau tak berkesempatan untuk hadir kerana ada urusan keluarga. Sebelum selesai Pn.Norli berbincang dengan pelanggannya tu, sempat aku ambik gambar diorang dan perkenalkan diri aku. Pn. Norli bagitau mereka yang aku adalah blogger mengenai PurLife. Paling tak sangka mereka dah kenal aku melalui blog ini..'Dah tau dah..dia ni lah Nurliyana Wan kan? Muka dia sama kat dalam blog & FB tu..' Rasa happy sangat masa tu. Ceritanya si suami nak carik info tentang penyakit slipdisc. Bila type di Google, beliau jumpa info tu di blog aku ni.Alhamdulillah, dengan perkongsian ilmu bermanfaat ini telah menemukan kami semua.Semoga ibadah aku ni akan diterima olehNya.Amin.

Sambil bekerja dapatlah melihat lebih dekat Georgetown yg bz dia lebih kurang KL. Anak2 pun kami usung skali,nasib la mereka dah faham dengan kerja aku ni. Aktiviti ni dari petang di bawak sampai ke malam sebelum late dinner bersama warga JooWaal yang lain di sebuah restoran nasi kandar di Bayan Lepas. Tido pukul berapa pun dah tak tau dah..rentung.

Gambar kenangan sewaktu turun padang dengan tshirt PurLife 
Pada hari Ahad tu, kami check-out dlm pukul 10pg,lps breakfast siap2 kat rumah. Plan nak sambung tebar flyers sambil shopping jeruk kt sana. Last2 tak sempat cuz jalan agak sesak. Sempat kami lunch awal di restoran nasi kandar lagi sementara event mula pada jam 2ptg. Kami sempat lawat tempat event di Hotel Grand Continental tu.Ada juga sahabat2 yang tiba awal untuk prepare apa yang patut.Kwn2 dari KL,Kuantan ramai jugak datang support.Meriah rasanya roadshow di Penang ni.

Sesi taklimat produk JooWaal.
Alhamdulillah sesi taklimat berjalan lancar dengan kehadiran jemputan VVIP - CEO, MAG 5, Leaders, stokis2, ejen2 di bawah Joowaal.com, duta produk Purlife - Emma Akma dan semestinya warga Penang! Dalam waktu tu, dapat pula sms dari pelanggan PurLife dari Johor yang inform telah membuat pembayaran untuk membeli PurLife. Alhamdulillah,rezeki hadir tak kira di mana & tika saatnya.




Sempat ambik gambar sebelum mula sesi taklimat.HEBAT!!
Antara tetamu yang hadir.Amazing!!










Alang2 dah jumpa, sempat bergambar dgn duta PurLife - Emma Akma
Lepas habis sesi taklimat tu sempat juga ambil gambar kenangan bersama Emma Akma sambil berkongsi pendapat, pengalaman & testimoni mengenai PurLife. Emma menekankan kepada saya jika untuk mendapat kesan yang terbaik haruslah menggunakan PurLife secara berdisiplin. Beliau juga berkongsi tips untuk membuatkan wajah nampak lebih cantik dengan PurLife juga penggunaan PurLife untuk menegangkan payudara.Memang sangat luarbiasa kerana beliau sendiri merasa perbezaannya sambil menunjukkan gambar bukti keberkesanan PurLife yang membuatkan Emma teruja.WoW,hebatkan?

Me & my princess - Alya

Kami bertolak pulang ke KL lebih kurang jam 6.30pm. Hubby decide nak seberang pulau menggunakan feri. Masa dalam feri tu,dapatlah nikmati keindahan pantai & pemandangan Penang dgn langit dah mula gelap. Anak2 tak henti2 tanyakan soalan itu ini.Yelah, diorang tak penah mai sini pun. Seronok betul depa tengok.Nasib tak mabuk laut. Alhamdulillah perjalanan pulang kami lebih baik,sempat berhenti berehat sebab hujan xhenti2 sampai ke KL.

Hubby with our 2 heroes - Alif (left) & Harraz (right)
Bagi aku, apa yang aku kongsikan ini bukan setakat cerita sebuah percutian. Tapi ia lebih kepada suatu peluang,perjalanan, pembelajaran & pengalaman berharga untuk dihayati. Betapa indahnya hidup ini jika setiap yang kita lakukan adalah kerana CINTA & PERCAYA.Syukur padaMu Ya Allah di atas perjalanan ini. Terima kasih hubby,anak2,Kak Norli,Abg. Mus, K.Ina, Dekan serta JooWaal.com. 

Kalau rasa berminat nak cuba PurLife boleh terus contact aku kat:

HP/Whatsapp:0176293569 (call/sms)
FB: Nurliyana Wan
G+: liyanar1@gmail.com
SKYPE:nurliyana.wan
Beli PurLife Online disini!

Nantikan kemunculan PurLife & Joowaal.com didalam akhbar harian Metro tidak lama lagi.

Jemput juga hadir ke Majlis Pelancaran produk PurLife & Sure X pada 25hb Nov ni. RSVP aku cpt! Ada jemputan artis, sidang akhbar, peluang menjadi stokis,ejen serta promosi produk yang HEBAT!!

Kalau ada sebarang pendapat/pertanyaan, boleh je contact aku bila2.




No comments:

Post a Comment