Monday, September 17, 2012

Resipi mudah: Puding koktel kurang manis..tetap sedap

Assalammualaikum.
Malam tadi walaupun penat balik open house,tapi semangat nak buat puding koktel untuk famili,lagi2 mama dan nieces ada kat sini.jadik,ramai sikitla tukang makannya. Nasib baik ada Pur Life kerana sejak ambil Pur Life ni,badan sentiasa bertenaga dan cukup rehat.Selera makan pun terjaga.Seronok betul!!

Sebenarnya nak buat puding koktel ni sangat simple tapi rasa dia memang sedap.Mana taknya,semua bahan2 dia kebanyakkannya dah ready made e.g. puding tu sendiri,dah macam2 brand dan perasa yg terdapat di pasaran.
Kalau anda suka makan puding koktel ni macam saya ni,tapi tak reti buat ni resipi tahap kacang putih saya share dengan anda.

Bahan:
Serbuk puding (apa2 pun boleh ikut suka anda)
Susu sejat 1 tin
Koktel campuran 1 tin
Gula dan air

Cara buat:
a)Puding
Masak air ikut sukatan yg diberikan di kotak/peket serbuk puding hingga mendidih dan tutup apinya.
wBaca instruction kat kotak/peket serbuk puding tu samada nak kena letak gula dan susu sejat atau tidak.
Lepas tu letak serbuk puding tu ikut sukatan yg diarahkan dan kacau hingga mesra,
Tuang ke dalam bekas yang sesuai dan biarkan sejuk.

b)Kuah koktel
Tuangkan setengah hingga setin susu sejat ke dalam periuk untuk dipanaskan sedikit
Campurkan air dari buah2an koktel tadi
Tambah sedikit air agar tidak terlalu pekat dan biarkan sejuk
Masukkan buah2an koktel tadi

Serius sangat mudah cuz kebanyakan resipi ni dah ada siap2 kat kotak/peket serbuk puding tu. :-)

Puding koktel dah sedia dihidangkan.Paling best dihidang dalam keadaan sejuk.baru layannnn...

Bagi saya,tak salah kiranya kita mengambil dessert seperti puding koktel ini.Saya dah biasakan dengan mengurangkan gula dan garam dalam makanan dan minuman.So,suami dan anak2 dah biasa.Puding koktel ni sedap dimakan kerana kite boleh nikmati manis rasa buah dari rasa gula seperti didalam sajian dessert tempatan.

Selamat mencuba dan semoga anda sentiasa gembira,ceria dan sihat disamping keluarga tersayang.


No comments:

Post a Comment