Monday, April 29, 2013

PELBAGAI TESTIMONI HEBAT HARI DEMI HARI!!


PELBAGAI TESTIMONI HEBAT HARI DEMI HARI!!



Terbukti semakin menunjukkan belang. Purlife & SurExx telah banyak membawa sinar baru kepada mereka yg telah mencuba dan percaya keberkesanannya! Yakinilah produk tempatan dan anda pasti teruja. Jadilah sebahagian daripada testimoni kami hari ini!
Dapatkan PurLife & SurExx dengan klik di sini!

Tuesday, April 16, 2013

Alif & Wad 4B katil 18

Assalammualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera.

'Rintangan pasti datang menghadang, cubaan pasti datang menghujan. 
Namun yakinlah bahawa cinta itukan membuatmu, mengerti akan ARTI KEHIDUPAN'...by DOEL Sumbang


Alhamdulillah selepas mengharungi hampir 3 minggu yang mencabar kesihatan kami sekeluarga, dapat semula  aku meng'update' blog dengan sedikit perkongsian tentang demam panas yang sebabkan Alif duduk di wad selama 6 hari.

Sebenarnya, yang mula-mula sekali demam adalah anak aku yang bongsu, Harraz. Dia ni kalau demam memang akan terus bawa ke hospital sebab dia dah ada sejarah kena sawan sewaktu kena demam panas tahun lepas. Walaupun suhu ketika diperiksa mencecah 40'c, Alhamdulillah ujian darah Harraz baik dan hanya dapat rawatan biasa sahaja. 

Lepas seminggu, dia dah baik. Tapi belum sempat Harraz baik, anak aku yang sulung, Alya & yang no.2, Alif dah mula berjangkit demam juga sakit mata. Kedua-duanya aku bawa ke klinik untuk dapatkan rawatan & ubat-ubatan. Biasanya mereka dua ni kalau demam,tahap nak sembuh tu lebih baik. Tapi kali ni, dah masuk hari ke-5 mereka demam, tiada sebarang perkembangan positif aku nampak. Malah, Alif makin teruk sehingga pada lewat malam tu aku tengok selimut dah masuk bakul baju kotor. Bila aku tanya Alya, dia kata hidung Alif keluar darah.Disebabkan dah awal pagi, aku & suami buat keputusan nak bawa Alif & Alya ke hospital pada esok hari. Lagi sekali, pagi tu hidung Alif berdarah. Hanya Allah je la tau aku perasaan aku masa tu.

Alif sewaktu terima rawatan separa kritikal di wad kecemasan
Setibanya di hospital, tiba di kaunter triage Pembantu Perubatan terus bertanya soalan dan periksa Alya & Alif. Bila aku dan suamiku beritahu situasi Alif yang lebih serius, mereka terus suruh suamiku bawa alif ke bilik separa kritikal sementara aku bersama alya di bahagian tidak kritikal. Masa tu hati aku dah dapat rasa yang Alif ni mesti di kena tahan di wad. Memang betul, sudahnya selepas dapatkan rawatan pertama, Alif telah ditempatkan di wad 4b,Hospital Ampang. Alya pula boleh balik sebab dia tidak seserius Alif walaupun dia demam & sakit mata sama macam Alif.

Hati ibu mana tak sayu tengok anak sakit sehingga tahan di hospital. Tapi, masa tu aku tetap tabah dengan ujian Allah & terpaksa tolak ke tepi segala urusan yang lain. Pada waktu itu, mata Alif semakin mula membengkak bukan setakat sebelah, tetapi di kedua-dua belah. Tak pernah aku tengok sakit mata seteruk ini, walaupun dulu aku selalu juga kena. Tangan dia dah bercucuk air & untuk ambil darah. Terima kasih lah pada akak aku, Lynda dan sepupuku Mas yang singgah ziarah tengok Alif petang tu.Pada malam pertama, suamiku bermalam dengan Alif kerana esok paginya tu aku ada tugas yang perlu diuruskan walaupun dengan hati berat ;(

Malam pertama Alif tidur di wad buat pertama kalinya
Bermulalah sesi rutin pemeriksaan doktor, ambil darah setiap 6 jam, suhu dan macam-macam lagi tak kira siang dan malam. Seperti biasa, pada mulanya doktor suspek denggi. Pada masa ni mulut Alif dah mula berbau. Rupanya dah ada tonsil bernanah. Patutlah dia tak nak makan. Masa ni teruk juga nak layan karenah dia sebab tak tahan kena masuk prosedur untuk cucuk jarum ambil darah, letak ubat di mata dan semualah.

Pada hari ke-2 semua rawatan dijalankan seperti biasa. Demam Alif semakin surut tetapi ujian darah Alif masih tahap yang kurang memuaskan. Doktor cuba mengesahkan virus apa yang menyerang Alif untuk memberi antibiotik yang sesuai untuk merawatnya. Selain itu, Alif juga dibawa berjumpa dengan Doktor pakar mata untuk periksa mata Alif yang bengkak teruk & mendapatkan ubat mata. Tak pernah aku tengok dia sesakit ini, dengan mata bengkak kemerahan. Dah lain sangat wajah Alif masa ni. Sewaktu ini, Alif masih ditempatkan di wad yang berkongsi katil dengan kanak-kanak lain. Ada yang demam sebab kena kencing tikus, bayi demam panas sehingga sawan, lelah dan lain-lain lagi. Tabah betul ibu bapa mereka.

Hari ke-3


Mata Alif dah bengkak teruk - jumpa pakar mata












Pada petang hari ke-2, doktor mengarahkan untuk Alif ditukarkan ke katil 18 (bilik untuk seorang) selepas disahkan terkena konjunktivitis - sakit mata disebabkan bakteria yang boleh berjangkit kepada orang lain. Memang pekej kali ni sakit Alif kena. Terima kasih kepada sahabat & mentor kami, Saiful Izwan serta Baniyamin kerana datang singgah melihat keadaan Alif. Baru aku sedar, dari sekadar demam ia boleh merebak kepada pelbagai sakit lain. Sangat merbahaya terutama kepada anak-anak.Di situ juga Alif mula mendapat rawatan air garam & antibiotik untuk demam virus untuk menggalakkan dia makan dan meredakan demamnya.

Chicken Chop untuk lunch
Burger & mushroom soup untuk dinner


Aiskrim untuk dessert

Alhamdulillah, menjelang hari ke-3 dan seterusnya Alif dah tak demam. Tapi keputusan darah Alif masih tidak memberangsangkan dan mata Alif masih bengkak kemerahan. Namun, dengan menu makanan di sini seperti Chicken Chop, aiskrim, Fish 'N' Chip, Burger dengan kentang goreng buat selera dia makin bertambah serta membantu untuk tambah tenaga badan dia untuk lawan virus.Tonsil Alif pun makin baik dan mulutnya dah tak berbau. Terima kasih kat Acik,Pakcik dan Aimin yang datang jenguk Alif masa hari Ahad itu. Sepanjang tempoh itu, aku menemankan Alif bermalam di wad. Nasiblah sekarang aku telah mempunyai masaku sendiri. Alhamdulillah...

Muka senyum sebelum prosedur, lepas tu semua dapat bekas.

Rawatan diteruskan siang & malam. Memang agak keletihan. Kesian juga tengok Alif tidur tak lena kerana selalu terganggu. Tapi aku hanya berdoa semoga Alif cepat sembuh dan boleh pulang cepat. Pada hari ke-5, jarum di tangan Alif terpaksa dicucuk baru kerana tangannya dah membengkak. Memang cabaran nak pegang Alif ni. Kuat betul meronta. Doktor yang rawat dia semua ada bekas dia cengkam termasuk aku dan suami. Masa ni doktor dah bagi 'hint' kalau keputusan darah ok, esok dah boleh balik. Dalam hati aku, moga esok aku boleh balik sebab masa tu badan dah rasa tak selesa dan dah batuk.

Akhirnya, selepas rawatan terakhir tengahari hari ke-6, doktor dah beri kebenaran untuk pulang disamping dapat temujanji untuk pemeriksaan mata Alif. Alhamdulillah. Inilah paling lama anak aku duduk wad, begitu juga dengan aku. 3hari 3 malam terus menerus. Memang mencabar. Tapi disebalik itu, dapat kawan baru dan luangkan masa ekstra dengan penuh kasih sayang dengan Alif.

Hebat!! Terima kasih kepada doktor, kakitangan Wad 4B, Hospital Ampang. Tunggu masa nak balik.
Walaupun dah balik, Alif masih kena kuarantin kat rumah sebab sakit mata belum baik. Tapi bab tak bestnye, aku pula yang demam,batuk & sakit mata. Alhamdulillah, sekali lagi aku bersyukur kerana Allah beri kesempatan masa untuk aku pulih.Cuma batuk ni je belum baik lagi. Oklah, harap apa yang aku cerita ni  boleh jadi perkongsian berguna untuk semua terutama yang telah mempunyai cahaya mata. Setiap yang berlaku,pasti ada hikmahnya. In Shaa Allah.

p/s: Jangan ambil mudah sekiranya anak-anak demam walau sikit.Terus bawa ke hopital berdekatan sebab dah banyak virus merbahaya diluar sana yang tunggu masa untuk meragut nyawa. Sayang u all! 

Monday, April 15, 2013

DEMAM PILIHANRAYA, TAMBAH TENAGA SEWAKTU BERKEMPEN PRU13!!

Panas!! Panas!! Panas!! Suam...suam...sejuk terus!!! Jangan biarkan tenaga anda semakin susut menjelang hari MENGUNDI!!!

Tak sah kalau tak cukup tidur, rehat, makan & masa untuk diri sendiri sewaktu tempoh berkempen ni. Jadi, bagaimana anda nak maintain stamina anda supaya sentiasa cergas??

Ada ke yg tertido kat bilik gerakan camni?Penat sgt tu
Macam2 bendera ada..










Memang meriah suasan berkempen untuk pilihanraya, tapi jangan lupa akan kesihatan kita sebab dengan keadaan cuaca yang tidak menentu, sangat mudah untuk kita rasa cepat penat dan dihinggapi penyakit seperti demam,batuk,selsema,lesu,pitam dan sebagainya.

Bayangkan anda berkempen ke seluruh kawasan, bermesyuarat, bertugas di bilik gerakan, pasang bendera dan macam-macam lagi. Saya yakin anda perlukan tenaga EKSTRA untuk anda kekal steady melaksanakan tugas. Tak kira la anda pangkah mana, yang penting kesihatan perlu diutamakan.


 



APAKAH SOLUSI KEPADA TENAGA SUPERMAN ANDA? 

DAPATKAN  SEKARANG!!

Dengan rumusan luarbiasa dalam sepeket SUREXX seperti TONGKAT ALI, EKSTRAK EPIDIUM, MACA dll memang dapat membantu meningkatkan tenaga anda bukan setakat sejam dua tetapi untuk 3 HARI!!

Apa tunggu lagi, dapatkan SurExx segera untuk tenaga yang optimum.


'' SELAMAT BERKEMPEN DENGAN BERHEMAH DEMI BANGSA, AGAMA & NEGARA."