Sunday, November 25, 2012

Majlis Pelancaran PurLife & Sur-Exx - Review


Alhamdulillah, hari ini penuh bermakna bagi seluruh warga JooWaal.com kerana akhirnya selepas 5 bulan ia ditubuhkan, telah dapat dilaksanakan majlis pelancaran produk terkini yang gilang-gemilang, tertarik dan memang da bom dari JooWaal.com iaitu PurLife & Sur-Exx. Terbaik, Terhebat & Terhangat!!

Selanjutnya di bahagian EVENT!

Friday, November 23, 2012

Produk MENAKJUBKAN utk si dia & anda - pasti selalu rindu bila xbersama

LUARBIASA, MUDAH DAN AJAIB!! Itulah PurLife & Sur-Exx.Pasti lepas ni hubungan anda bersama org tersayang semakin mesra dan susah nak renggang.Hari2 rindu,hari2 senyum bahagia.Begiu mudah dan kesan memang AMAT MENAKJUBKAN!! Dapatkannya sekarang! Temui kami di Majlis Perasmian produk ini oleh JooWaal.com esok jam 2ptg di Flamingo Hotel,KL. Rsvp 0176293569


Sunday, November 18, 2012

TERBARU!! Sur-Exx: Istimewa untuk LELAKI

Sur-Exx : Produk terbaru untuk Lelaki bakal temui anda!

Minuman kesihatan untuk lelaki demi mengembalikan kenikmatan 'Sang Juara' ketika bersama pasangan.

Minum sepeket, POWER boleh tahan sampai 3 hari. Tak percaya?Cuba sekarang! Pasti terangkat..LAMA!!

Sila ke page Sur-Exx untuk maklumat lanjut!

Jemput hadir ke Majlis Perasmian kami Ahad ini! - Harian Metro 18 Nov 2012


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, sekali lagi dengan izin Allah dapat kami mengiklankan Majlis Perasmian produk Joowaal.com di Harian Metro hari ini.
Produk yang akan dirasmikan pada hari Ahad ini bukan sahaja PurLife (yang dah memang meletop sekarang ni), tapi juga produk khas untuk kaum Adam iaitu SurExx (memang mantap,tegap,seuperb!).
Tak lupa juga, secara rasmi akan diadakan pelancaran MIG Academy, pusat pengajaran untuk usahawan2 online,PurLife & SurExx dari segi strategi pemasaran, jati diri, online bisnes dan sebagainya.
Pada hari ini juga, majlis akan diacarakan oleh Didie Alias disamping sesi bersama media. Pasti syok & gempak. Pelbagai promosi juga diadakan untuk anda yang hadir.
Jangan lepaskan peluang kerana tempat adalah terhad. 
RSVP sekarang!!
SMS <nama> <lokasi> <bil.rsvp> ke 0176293569
@
PM saya di Nurliyana Wan
@
Komen sahaja di post ini

Sebelum 23 November 2012.

JUMPA ANDA DISANA!! 
EJEN/STOKIS DIPERLUKAN SEGERA!

Thursday, November 15, 2012

Kenali Nabi Muhammad S.A.W Secara Lahiriah




Begitu indahnya sifat Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keislaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda. Di antara kata-kata yang dituturkan oleh para sahabat ialah:

ü  Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah.
ü  Aku melihat cahaya dari lidahnya.
ü  Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
ü  Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
ü  Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
ü  Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
ü  Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya seperti bulan purnama.
ü  Kali pertama memandangnya pasti terpesona.
ü  Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
ü  Wajahnya sepertin bulan purnama.
ü  Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah ditengahnya.
ü  Urat darah kelihatan di antara 2 kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
ü  Mata baginda hitam, dengan bulu mata yang panjang.
ü  Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
ü  Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
ü  Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
ü  Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
ü  Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
ü  Janggutnya penuh dan tebal menawan.
ü  Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. Warna lehernya putih seperti perak sangat indah.
ü  Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
ü   Rambutnya sedikit ikal.
ü  Rambutnya tebal kadang-kadang menyentuh pangkal telinga dan kadang-kadang mencecah bahu tapi disisir rapi.
ü  Rambutnya terbelah di tengah.
ü  Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
ü  Dadanya bidang dan selaras dengan perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih daripada biasa.
ü  Seimbang diantara kedua bahunya.
ü  Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dengan cantik.
ü  Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
ü  Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. Kakinya berisi tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
ü  Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
ü  Warna kulitnya tidak putih seperti kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
ü  Warna putihnya lebih banyak.
ü  Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
ü  Warna kulitnya putih tapi sihat.
ü  Kulitnya putih lagi bercahaya.
ü  Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
ü  Badannya tidak gemuk.
ü  Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
ü  Perutnya tidak buncit.
ü  Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada dikalangan orang ramai, Baginda kelihatan lebih tinggi dari mereka.

Kesimpulannya, Nabi Muhammad S.A.W. adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman. Semulia-mulia insan di dunia untuk mengingatkan kita.

Sunday, November 11, 2012

Jangan ambil enteng dengan GASTRIK!

Dah selalu sangat kita dengar ramai dikalangan ahli keluarga,sahabat handai, rakan sekolah/kolej/pejabat yang mempunyai masalah gastrik kan? Tapi, ramaikah yang tahu bahawa gastrik kalau dibiarkan tidak dirawat akan menyebabkan kanser perut?YA, KANSER PERUT yang boleh membawa MAUT!



Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.

Gastrik ini tidak mengenal umur kerana dengan gaya hidup serta pemakanan zaman moden ini merupakan punca utama seseorang itu boleh mendapat gastrik. Contohnya:


  • makan tidak mengikut waktu
  • merokok
  • suka makan makanan segera/berasid/pedas secara kerap yang boleh menghakis dinding perut
  • ambil banyak painkiller 
  • banyak minum air bergas/bikarbonat
  • ambil coklat kerap
  • STRESS!
sedap tapi inilah salah satu punca gastrik

Macamana kita boleh tahu kita kena gastrik?


Simptom: rasa pedih perut (imflamasi)
  1. Rasa pedih di bahagian ulu hati
  2. Rasa pedih di bahagian perut
  3. Rasa mual dan muntah
  4. Kerap sendawa
  5. Pening dan mabuk
  6. Masih rasa sakit perut sedikit atau banyak walaupun dah makan
  7. Turun berat badan
  8. Rasa nak demam bila tak makan atau lewat makan
Jadi untuk pencegahan & pemulihan dari gastrik amat mudah iaitu dengan mengamalkan gaya hidup sihat. Elakkan pengambilan makanan yang menyebabkan gastrik serta ubah tabiat yang negatif seperti merokok, makan tak ikut masa dsbnya. Dan paling terbaik adalah amalkan diet mengikut Rasulullah SAW.Insyallah perut kita akan sentiasa sihat. (Saya cakap ni sebab saya dah cuba dan ianya terbukti berkesan). :)

Dan untuk supplement, PurLife adalah supplement terbaik sebab PurLife akan membantu membuang toksin di dalam badan, membantu sistem penghadaman serta membantu perut untuk menerima makanan pada tahap yang diperlukan sahaja.Jadi, perut kita akan berasa lapar pada waktu sepatutnya dan tidak akan makan pada tahap yang berlebihan.

Cubalah PurLife sekarang, anda akan pasti teruja. :)

Call/sms/whatsapp: 0176293569
FB: Nurliyana Wan
Skype:Nurliyana.wan




Thursday, November 8, 2012

C.I.N.T.A. di Pulau Pinang - Cuti & PurLife bawaku ke sini

Assalammualaikum & Salam Sejahtera. 

Huh..baru ni la dapat nak meng'update' blog setelah mengharungi minggu yang sibuk, 'upsidedown'. Alhamdulillah Allah masih beri kesempatan dan rahmat untuk aku berkongsi cerita dan pengalaman aku dan PurLife untuk tatapan korang.

Peace!! We're in Penang..finally.hehe
Oklah, dipendekkan intro aku & famili tiba di Bt.Feringgi lebih kurang jam 3pg hari Sabtu lepas. Sepanjang perjalanan dari KL pd jam 10mlm, aku & hubby tengok 4 kemalangan di highway ke arah utara. Seram gak rasa sebab kitorang ni orang selatan, jadi jalan ke utara agak asing bagi kami. Ditambah pula dengan keadaan cuaca sekarang yang hujan berterusan, jalan licin, aku hanya berdoa semoga Allah selamatkan perjalanan kami pergi dan pulang.

Waktu baru sampai,tengah prepare apa yg patut.
Kami sempat tido2 ayam dalam beberapa jam je sebab dah ada aktiviti ke pantai untuk mandi-manda & BBQ (yg patutnya buat malam tu tp postponed sebab kitorg sampai lambat). Subhanallah, cantik sungguh pantai di sini sewaktu air pasang dengan air yg biru kehijauan. Dengan berbekalkan ayam,kambing & hotdog utk BBQ memang tak terasa lepak kat pantai tu sampai tengahari..mandi..makan..mandi..makan..BBQ tu boleh bawak sampai ke breakfast.pehhh..Pelbagai aksi menarik dekat area pantai ni yang boleh post kat dalam memori kami sahaja kerana ia privacy,memang tergelak2 je keje kami.Tapi yg paling buat aku happy adalah aku capai goal setting aku bulan ni untuk bawa anak2 aku berjalan makan angin.Syukur padamu Ya Allah! Riak gembira di wajah anak2 ni dah puas membuat aku senang hati. :)

Pn.Norli & Cik Ina bersama pasangan pelanggan PurLife dari Penang
Dah nama pun bercuti sambil bekerja, Walaupun santai tapi aku tetap dengan tugasan,tanggungjawab & semangat untuk mempromosikan PurLife kepada warga P.Pinang. Promosi online sempat buat sewaktu di KL je. Di sini kami turun padang memberi risalah kepada orang ramai mengenai PurLife juga mengajak mereka untuk hadir ke roadshow Joowaal pada hari esok. Orang Penang memang sporting, respond pun ramai yang positif. Sempat juga ajak Pn.Zara (antara pengguna terawal PurLife - dari blog) tapi beliau tak berkesempatan untuk hadir kerana ada urusan keluarga. Sebelum selesai Pn.Norli berbincang dengan pelanggannya tu, sempat aku ambik gambar diorang dan perkenalkan diri aku. Pn. Norli bagitau mereka yang aku adalah blogger mengenai PurLife. Paling tak sangka mereka dah kenal aku melalui blog ini..'Dah tau dah..dia ni lah Nurliyana Wan kan? Muka dia sama kat dalam blog & FB tu..' Rasa happy sangat masa tu. Ceritanya si suami nak carik info tentang penyakit slipdisc. Bila type di Google, beliau jumpa info tu di blog aku ni.Alhamdulillah, dengan perkongsian ilmu bermanfaat ini telah menemukan kami semua.Semoga ibadah aku ni akan diterima olehNya.Amin.

Sambil bekerja dapatlah melihat lebih dekat Georgetown yg bz dia lebih kurang KL. Anak2 pun kami usung skali,nasib la mereka dah faham dengan kerja aku ni. Aktiviti ni dari petang di bawak sampai ke malam sebelum late dinner bersama warga JooWaal yang lain di sebuah restoran nasi kandar di Bayan Lepas. Tido pukul berapa pun dah tak tau dah..rentung.

Gambar kenangan sewaktu turun padang dengan tshirt PurLife 
Pada hari Ahad tu, kami check-out dlm pukul 10pg,lps breakfast siap2 kat rumah. Plan nak sambung tebar flyers sambil shopping jeruk kt sana. Last2 tak sempat cuz jalan agak sesak. Sempat kami lunch awal di restoran nasi kandar lagi sementara event mula pada jam 2ptg. Kami sempat lawat tempat event di Hotel Grand Continental tu.Ada juga sahabat2 yang tiba awal untuk prepare apa yang patut.Kwn2 dari KL,Kuantan ramai jugak datang support.Meriah rasanya roadshow di Penang ni.

Sesi taklimat produk JooWaal.
Alhamdulillah sesi taklimat berjalan lancar dengan kehadiran jemputan VVIP - CEO, MAG 5, Leaders, stokis2, ejen2 di bawah Joowaal.com, duta produk Purlife - Emma Akma dan semestinya warga Penang! Dalam waktu tu, dapat pula sms dari pelanggan PurLife dari Johor yang inform telah membuat pembayaran untuk membeli PurLife. Alhamdulillah,rezeki hadir tak kira di mana & tika saatnya.




Sempat ambik gambar sebelum mula sesi taklimat.HEBAT!!
Antara tetamu yang hadir.Amazing!!










Alang2 dah jumpa, sempat bergambar dgn duta PurLife - Emma Akma
Lepas habis sesi taklimat tu sempat juga ambil gambar kenangan bersama Emma Akma sambil berkongsi pendapat, pengalaman & testimoni mengenai PurLife. Emma menekankan kepada saya jika untuk mendapat kesan yang terbaik haruslah menggunakan PurLife secara berdisiplin. Beliau juga berkongsi tips untuk membuatkan wajah nampak lebih cantik dengan PurLife juga penggunaan PurLife untuk menegangkan payudara.Memang sangat luarbiasa kerana beliau sendiri merasa perbezaannya sambil menunjukkan gambar bukti keberkesanan PurLife yang membuatkan Emma teruja.WoW,hebatkan?

Me & my princess - Alya

Kami bertolak pulang ke KL lebih kurang jam 6.30pm. Hubby decide nak seberang pulau menggunakan feri. Masa dalam feri tu,dapatlah nikmati keindahan pantai & pemandangan Penang dgn langit dah mula gelap. Anak2 tak henti2 tanyakan soalan itu ini.Yelah, diorang tak penah mai sini pun. Seronok betul depa tengok.Nasib tak mabuk laut. Alhamdulillah perjalanan pulang kami lebih baik,sempat berhenti berehat sebab hujan xhenti2 sampai ke KL.

Hubby with our 2 heroes - Alif (left) & Harraz (right)
Bagi aku, apa yang aku kongsikan ini bukan setakat cerita sebuah percutian. Tapi ia lebih kepada suatu peluang,perjalanan, pembelajaran & pengalaman berharga untuk dihayati. Betapa indahnya hidup ini jika setiap yang kita lakukan adalah kerana CINTA & PERCAYA.Syukur padaMu Ya Allah di atas perjalanan ini. Terima kasih hubby,anak2,Kak Norli,Abg. Mus, K.Ina, Dekan serta JooWaal.com. 

Kalau rasa berminat nak cuba PurLife boleh terus contact aku kat:

HP/Whatsapp:0176293569 (call/sms)
FB: Nurliyana Wan
G+: liyanar1@gmail.com
SKYPE:nurliyana.wan
Beli PurLife Online disini!

Nantikan kemunculan PurLife & Joowaal.com didalam akhbar harian Metro tidak lama lagi.

Jemput juga hadir ke Majlis Pelancaran produk PurLife & Sure X pada 25hb Nov ni. RSVP aku cpt! Ada jemputan artis, sidang akhbar, peluang menjadi stokis,ejen serta promosi produk yang HEBAT!!

Kalau ada sebarang pendapat/pertanyaan, boleh je contact aku bila2.