Begitu indahnya sifat Baginda, sehinggakan seorang ulama
Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan
keislaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda. Di
antara kata-kata yang dituturkan oleh para sahabat ialah:
ü
Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak
Rasulullah.
ü
Aku melihat cahaya dari lidahnya.
ü
Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah
kamu melihat matahari terbit.
ü
Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
ü
Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
ü
Aku belum pernah melihat lelaki setampan
Rasulullah.
ü
Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya
bercahaya seperti bulan purnama.
ü
Kali pertama memandangnya pasti terpesona.
ü
Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung
kepada bulat.
ü
Wajahnya sepertin bulan purnama.
ü
Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah
ditengahnya.
ü
Urat darah kelihatan di antara 2 kening dan nampak
semakin jelas semasa marah.
ü
Mata baginda hitam, dengan bulu mata yang
panjang.
ü
Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas
kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
ü
Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri,
kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
ü
Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
ü
Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun,
renggang di bahagian depan.
ü
Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar
dari giginya.
ü
Janggutnya penuh dan tebal menawan.
ü
Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan
cantik seperti arca. Warna lehernya putih seperti perak sangat indah.
ü
Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
ü
Rambutnya
sedikit ikal.
ü
Rambutnya tebal kadang-kadang menyentuh pangkal
telinga dan kadang-kadang mencecah bahu tapi disisir rapi.
ü
Rambutnya terbelah di tengah.
ü
Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu
garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
ü
Dadanya bidang dan selaras dengan perut. Luas
bidang antara kedua bahunya lebih daripada biasa.
ü
Seimbang diantara kedua bahunya.
ü
Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak
tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dengan cantik.
ü
Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
ü
Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
Kakinya berisi tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
ü
Terlalu sedikit daging di bahagian tumit
kakinya.
ü
Warna kulitnya tidak putih seperti kapur atau
coklat tapi campuran coklat dan putih.
ü
Warna putihnya lebih banyak.
ü
Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
ü
Warna kulitnya putih tapi sihat.
ü
Kulitnya putih lagi bercahaya.
ü
Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya
besar dan kukuh.
ü
Badannya tidak gemuk.
ü
Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah,
kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
ü
Perutnya tidak buncit.
ü
Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada
dikalangan orang ramai, Baginda kelihatan lebih tinggi dari mereka.
Kesimpulannya, Nabi Muhammad S.A.W. adalah manusia agung
yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman. Semulia-mulia insan di
dunia untuk mengingatkan kita.